Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KAKOM) adalah aktiviti tahunan peringkat kebangsaan yang melibatkan sebilangan pelajar terpilih bagi mewakili kolej masing-masing daripada 15 buah Kolej Matrikulasi seluruh negara dan 2 Kolej MARA.
Pelbagai acara permainan dan kebudayaan yang dianjurkan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Kedah (KMK).
Tahniah kepada Kolej Matrikulasi Pulau Pinang kerana menjadi Johan Keseluruhan bagi Karnival Kokurikulum Matrikulasi bagi edisi ke-24 dengan jumlah pungutan pingat 3 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa. Tahniah juga diucapkan kepada semua kontinjen yang bertanding pada kali ini.
Maklumat lanjut dan gambar-gambar KAKOM 2024 boleh di akses melalui https://sites.google.com/view/kakomkmk2024/utama
Tahniah kepada semua jurulatih, pegawai pengiring & atlet KMJ pada kejohanan KAKOM 2024