Ada hari kita tahu bahawa diri sedang penat, tetapi tidak pasti apa yang perlu dibuat. Dar e-Hikmah menghimpunkan e-buku percuma, latihan ringkas, kuiz dan maklumat kesihatan mental supaya anda boleh bermula dengan perkara yang paling diperlukan hari ini.
Pilih satu ruang dahulu. Anda boleh kembali untuk meneroka yang lain kemudian.
Saya mahu memahami keadaan diri
Baca tentang emosi, tekanan dan tanda yang perlu diberi perhatian
Saya mahu cuba latihan ringkas
Cari langkah yang boleh dicuba mengikut keadaan dan keselesaan anda
Saya mahu membaca bahan percuma
Pilih e-buku, panduan poket atau artikel mengikut topik yang dekat dengan anda
Saya mahu mendapatkan bantuan
Ketahui saluran yang sesuai apabila anda bimbang tentang keadaan atau keselamatan diri
Mulakan dengan bahan pilihan
Bacaan ringkas tentang emosi, kesihatan mental, remaja, hubungan dan kehidupan harian. Pilih satu topik yang menarik perhatian anda dan baca mengikut masa sendiri.
Perbincangan tentang kesunyian, buli, kehidupan digital dan stigma kesihatan mental diteruskan dalam buku bersiri. Baca untuk memahami isu yang dekat dengan kehidupan masyarakat daripada pelbagai sudut.
Kenali idea di sebalik integrasi Terapi Realiti dan Tazkiyah al-Nafs. Mulakan dengan soalan refleksi tentang apa yang anda perlukan, tindakan yang sedang diambil dan cara melayan diri dengan ihsan.
Panduan pendek yang boleh dibuka semula apabila anda memerlukan langkah yang jelas. Mulakan dengan Reset Emosi atau Jaga Diri, kemudian terokai siri baharu apabila diterbitkan.
Sebelum anda mula: Dar e-Hikmah menyediakan bahan pendidikan dan latihan kendiri. Bahan di sini tidak menggantikan penilaian atau rawatan profesional. Jika anda memerlukan bantuan segera, buka halaman Dapatkan Bantuan.