Siri Panduan Poket Kesejahteraan Diri
Panduan ringkas untuk memahami emosi, menjaga diri dan mengurus tekanan dalam kehidupan harian.
Setiap siri memberi tumpuan kepada satu topik. Pilih panduan mengikut keperluan anda, baca bahagian yang berkaitan dan cuba langkah yang sesuai dengan keadaan diri.
Tidak pasti hendak mula dengan yang mana?
Reset Emosi: apabila emosi terasa kuat dan anda memerlukan langkah awal untuk menghadapinya.
Jaga Diri: apabila anda mahu memberi perhatian kepada keperluan diri dalam rutin harian.
Urus Tekanan: apabila beban dan tuntutan harian terasa semakin berat.
Apabila emosi terasa kuat, mulakan dengan satu langkah kecil.
Panduan ini menyediakan latihan ringkas untuk mengenali emosi, memberi perhatian kepada tubuh dan memilih respons seterusnya. Anda juga boleh menggunakan ruang latihan untuk mengenal pasti sokongan serta merancang langkah apabila memerlukan bantuan.
Kenali keperluan diri dan pilih langkah yang sesuai dengan kehidupan anda.
Panduan ini mengajak anda meneliti keperluan tubuh, emosi, hubungan dan rutin harian. Mulakan dengan perubahan kecil yang boleh dilakukan mengikut keadaan, kemampuan dan tanggungjawab anda.
Fahami beban yang dihadapi dan susun langkah untuk mengurusnya.
Panduan ini memberi tumpuan kepada beban dan tuntutan dalam kehidupan harian. Gunakannya sebagai panduan awal untuk memahami tekanan yang dihadapi dan mempertimbangkan langkah yang sesuai dengan keadaan anda.