CATEGORIES
FAQs
Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan (BBDSB) adalah merupakan sebuah badan berkanun yang bebas menentukan hala tuju organisasi termasuk pengurusan kewangan dan sistem saraan serta pengurusan sumber manusia tanpa perlu merujuk kelulusan agensi pusat.
Antara keperluan CAAM untuk menjadi sebuah BBDSB adalah untuk:
Pengurusan organisasi yang lebih cekap dan pantas
Mengurangkan tanggungan kewangan kerajaan
Menawarkan gaji dan saraan yang lebih baik kepada kakitangan supaya dapat meningkatkan prestasi kerja serta lebih kompetitif untuk menarik bakat yang terbaik di pasaran
Tidak. CAAM masih sebuah badan berkanun yang tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 [Akta 788]
Terdapat beberapa kelebihan kepada kakitangan CAAM antaranya:
Ditawarkan pakej gaji dan pampasan yang lebih baik bersesuaian dengan pasaran semasa
Ruang peningkatan kerjaya yang lebih baik
Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
Meningkatkan efisiensi proses kerja tanpa melalui proses birokrasi yang mengambil masa yang lama
Penambahbaikan kemudahan dan faedah kakitangan seperti kemudahan perubatan, kesihatan dan lain-lain lagi.
Pencen kakitangan CAAM berkelayakan masih kekal sehingga tarikh peralihan kepada BBDSB dan akan dibayar setelah kakitangan tersebut bersara. Selepas peralihan ke BBDSB, kakitangan CAAM akan berada di bawah skim KWSP.
Pegawai yang telah mematuhi syarat dan peraturan di bawah Akta Pencen 1980 (239) akan diangkat bagi tujuan Pemberian Taraf Berpencen oleh pihak JPA berdasarkan pilihan Borang Opsyen Skim KWSP.
GCR adalah dicadangkan untuk dikekalkan setelah peralihan ke BBDSB dan dihadkan sebanyak 180 hari (termasuk GCR terkumpul sebelum peralihan ke BBDSB). Namun begitu, keputusan ini bergantung kepada kemampuan kewangan CAAM. Terdapat dua pilihan bagi pembayaran GCR iaitu:
GCR dibayar setelah tarikh peralihan BBDSB dengan cara GCR dikira sehingga tarikh akhir sebelum peralihan BBDSB dan dibayar mengikut gaji akhir semasa
GCR dibayar sewaktu kakitangan bersara dengan cara GCR dikira sehingga tarikh akhir kakitangan berkhidmat dan dibayar mengikut gaji akhir semasa bersara
Gratuiti bagi pegawai-pegawai yang berkelayakan adalah tertakluk kepada ketetapan umur persaraan pegawai.
CAAM mampu untuk berdikari dalam menguruskan kewangan berdasarkan kajian kewangan yang telah dilaksanakan. Antara perkara yang akan dilakukan adalah dengan mengemaskini dan melaksanakan kadar fi dan caj yang baharu pada 1 Januari 2025 serta akan dilaksanakan pada masa hadapan secara berperingkat mengikut kesesuaian. Selain itu, berdasarkan prestasi semasa, peratusan kutipan fi dan caj adalah berada di tahap yang sangat baik.
Tidak. Kakitangan CAAM akan memakai skim perkhidmatan yang baharu dikenali sebagai Sistem Saraan Perkhidmatan CAAM (SPC). Butiran-butiran SPC adalah seperti yang telah dikongsi oleh Bahagian Khidmat Pengurusan.
Tertakluk kepada perakuan Ketua Jabatan, pekerja yang berstatus kontrak akan menerima surat tawaran berdasarkan Skim Perkhidmatan CAAM (SPC).
Proses BBDSB ini hanya melibatkan pegawai tetap dan kontrak.
Tertakluk kepada polisi yang ditentukan oleh Ahli Pihak Berkuasa CAAM. Secara amnya, CAAM mempunyai kuasa untuk menentukan polisi selaras dengan strategi CAAM.
Kakitangan CAAM tidak layak untuk menetap di kuarters kerajaan setelah peralihan kepada BBDSB. Namun begitu, bagi kakitangan yang sedang menetap di kuarters kerajaan, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Pejabat Perdana Menteri membenarkan untuk kakitangan tersebut terus tinggal di kuarters dengan membayar kadar sewaan mengikut harga pasaran semasa selepas 3 bulan dari tarikh berkuatkuasa CAAM menjadi BBDSB.
Selaras dengan Seksyen 23(3) dan (4) Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 (Akta 767), pekerja badan berkanun adalah layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA tertakluk Badan Berkanun tersebut tidak mempunyai skim pembiayaan perumahannya sendiri;
Pekerja badan berkanun merujuk kepada mana-mana pekerja tanpa mengambil kira kategori Badan Berkanun (Biasa, Diasingkan Saraan atau Diasingkan Saraan dan Bebas). Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak LPPSA, peralihan CAAM sebagai sebuah entiti BBDSB tidak akan menjejaskan kelayakan pekerjanya.
Melalui skim baharu, perjawatan tidak lagi mengikut klasifikasi kod bidang sedia ada (e.g. A, AT, N, dll.). Dengan cara ini, kakitangan lebih bebas, tidak terikat dan mempunyai lebih peluang dalam kemajuan kerjaya mengikut kepakaran, prestasi dan pengalaman yang bersesuaian. Selain itu, kenaikan pangkat juga tidak lagi secara time-based, tetapi berdasarkan merit dan prestasi kerja (performance-based)
Walaupun CAAM beralih ke BBDSB, CAAM masih merupakan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan. Sekiranya perkara tidak diingin berlaku, sebarang tindakan akan dirunding dengan pihak kerajaan.
KGT masih dikekalkan di bawah skim baharu. Namun kadar KGT tidak lagi mengikut kadar tetap sebaliknya mengikut peratusan berdasarkan keupayaan kewangan CAAM dan prestasi kerja.
Kenaikan gaji BBSSB bagi pegawai penerima opsyen telah mengambil kira aspek potongan statutori dan gaji bersih (take home pay) Oleh itu, kakitangan tidak akan menerima take home pay yang lebih rendah dari gaji semasa.
Elemen kenaikan gaji semasa SSPA Fasa 2 telah pun diambil kira bagi tawaran gaji yang baharu selepas BBDSB. Oleh itu, tiada kenaikan gaji bagi SSPA Fasa 2.
Kakitangan yang tidak bersetuju akan terus kekal dengan skim sedia ada (SSM / SSPA) dan tidak layak mendapat sebarang manfaat dan faedah yang disediakan di bawah skim baharu
Tidak. Kakitangan akan kekal dengan skim yang dipilih semasa tempoh opsyen dikeluarkan.
Kelayakan skim PKTU akan diselaraskan tertakluk kepada dasar yang diluluskan oleh Kerajaan
Kakitangan CAAM adalah diharapkan untuk meningkatkan mutu kerja selari dengan sebuah organisasi berprestasi tinggi.
Peralihan ke BBDSB menuntut semua pegawai CAAM untuk menerap budaya kerja cemerlang seiring dengan strategi organisasi dan penambahbaikan gaji serta faedah baharu.
Tarikh pembayaran gaji bulanan adalah tertakluk kepada polisi kewangan CAAM yang baharu. Setakat ini, tiada perancangan khusus di pihak Pengurusan berhubung dengan perkara ini.
Pegawai yang tidak menerima opsyen akan kekal di bawah skim saraan semasa (SSM/SSPA) secara KUP. Bagi tujuan pengiraan faedah persaraan (pencen dan ganjaran), tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira adalah dari tarikh lantikan pertama sehingga sehari sebelum tarikh umur opsyen yang dipilih.
Secara amnya, hampir semua elaun sedia ada adalah dikekalkan.
Kadar elaun rating mengikut posisi kawalan trafik udara telah disemak oleh pihak perunding. Butirannya boleh dirujuk kepada Pengarah - Pengarah yang berkaitan.
Gaji Bulan ke-13 tidak diambil kira di bawah Skim Perkhidmatan CAAM yang sedang dibangunkan
Sekiranya kakitangan menerima tawaran opsyen SPC dan kemudian menerima tawaran pekerjaan dalam perkhidmatan persekutuan, pegawai perlu meletak jawatan.
Apabila pegawai bersara di perkhidmatan terkini, tempoh sebelum BBDSB (di sistem saraan kerajaan sama ada SSM atau SSPA) boleh dicantumkan dengan perkhidmatan terkini untuk pembayaran faedah persaraan.
Berkenaan gaji permulaan, kakitangan akan mengguna pakai gaji sistem saraan kerajaan yang berkuat kuasa. Sebarang pakej penggajian termasuk apa-apa manfaat dan faedah di bawah SPC hanya terpakai untuk pegawai yang berkhidmat di CAAM sahaja.
Faedah persaraan (ganjaran, pencen bulanan dan GCR) akan dibayar pada umur persaraan yang telah dipilih oleh pegawai.
Tawaran opsyen tidak akan melibatkan pindaan kepada umur persaraan paksa yang telah dipilih oleh pegawai.
Surat opsyen merupakan satu mekanisme bagi pegawai untuk membuat pilihan sama ada menerima atau tidak menerima tawaran Skim Saraan dan Perkhidmatan CAAM berasaskan kepada Gred Hakiki dan Gaji Pokok pegawai di bawah skim saraan sedia ada. Surat opsyen bukan bertujuan untuk proses kenaikan pangkat.
Penerimaan opsyen SPC bukan proses yang akan menyebabkan pegawai terlibat dibersarakan. Oleh yang demikian, pegawai yang berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan serta kekal menerima faedah persaraan boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permohonan persaraan pilihan.
Contact us directly HERE.