Kakitangan yang tidak bersetuju akan terus kekal dengan skim sedia ada (SSM / SSPA) dan tidak layak mendapat sebarang manfaat dan faedah yang disediakan di bawah skim baharu.
Tidak. Kakitangan akan kekal dengan skim yang dipilih semasa tempoh opsyen dikeluarkan.
Pegawai yang tidak menerima opsyen akan kekal di bawah skim saraan semasa (SSM/SSPA) secara KUP. Bagi tujuan pengiraan faedah persaraan (pencen dan ganjaran), tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira adalah dari tarikh lantikan pertama sehingga sehari sebelum tarikh umur opsyen yang dipilih.
Kadar elaun rating mengikut posisi kawalan trafik udara telah disemak oleh pihak perunding. Butirannya boleh dirujuk kepada Pengarah - Pengarah yang berkaitan.
Gaji Bulan ke-13 tidak diambil kira di bawah Skim Perkhidmatan CAAM yang sedang dibangunkan.
Sekiranya kakitangan menerima tawaran opsyen SPC dan kemudian menerima tawaran pekerjaan dalam perkhidmatan persekutuan, pegawai perlu meletak jawatan.
Apabila pegawai bersara di perkhidmatan terkini, tempoh sebelum BBDSB (di sistem saraan kerajaan sama ada SSM atau SSPA) boleh dicantumkan dengan perkhidmatan terkini untuk pembayaran faedah persaraan.
Berkenaan gaji permulaan, kakitangan akan mengguna pakai gaji sistem saraan kerajaan yang berkuat kuasa. Sebarang pakej penggajian termasuk apa-apa manfaat dan faedah di bawah SPC hanya terpakai untuk pegawai yang berkhidmat di CAAM sahaja.
Penerimaan opsyen SPC bukan proses yang akan menyebabkan pegawai terlibat dibersarakan. Oleh yang demikian, pegawai yang berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan serta kekal menerima faedah persaraan boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permohonan persaraan pilihan.