Kakitangan CAAM adalah diharapkan untuk meningkatkan mutu kerja selari dengan sebuah organisasi berprestasi tinggi.
Melalui skim baharu, perjawatan tidak lagi mengikut klasifikasi kod bidang sedia ada (e.g. A, AT, N, dll.). Dengan cara ini, kakitangan lebih bebas, tidak terikat dan mempunyai lebih peluang dalam kemajuan kerjaya mengikut kepakaran, prestasi dan pengalaman yang bersesuaian. Selain itu, kenaikan pangkat juga tidak lagi secara time-based, tetapi berdasarkan merit dan prestasi kerja (performance-based).
Peralihan ke BBDSB menuntut semua pegawai CAAM untuk menerap budaya kerja cemerlang seiring dengan strategi organisasi dan penambahbaikan gaji serta faedah baharu.
Tertakluk kepada perakuan Ketua Jabatan, pekerja yang berstatus kontrak akan menerima surat tawaran berdasarkan Skim Saraan Perkhidmatan CAAM (SPC).
Proses BBDSB ini hanya melibatkan pegawai tetap dan kontrak.
Tarikh pembayaran gaji bulanan adalah tertakluk kepada polisi kewangan CAAM yang baharu. Setakat ini, tiada perancangan khusus di pihak Pengurusan berhubung dengan perkara ini.
Surat opsyen merupakan satu mekanisme bagi pegawai untuk membuat pilihan sama ada menerima atau tidak menerima tawaran Skim Saraan dan Perkhidmatan CAAM berasaskan kepada Gred Hakiki dan Gaji Pokok pegawai di bawah skim saraan sedia ada. Surat opsyen bukan bertujuan untuk proses kenaikan pangkat.