Kakitangan CAAM tidak layak untuk menetap di kuarters kerajaan setelah peralihan kepada BBDSB. Namun begitu, bagi kakitangan yang sedang menetap di kuarters kerajaan, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Pejabat Perdana Menteri membenarkan untuk kakitangan tersebut terus tinggal di kuarters dengan membayar kadar sewaan mengikut harga pasaran semasa selepas 3 bulan dari tarikh berkuatkuasa CAAM menjadi BBDSB.
Selaras dengan Seksyen 23(3) dan (4) Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 (Akta 767), pekerja badan berkanun adalah layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA tertakluk Badan Berkanun tersebut tidak mempunyai skim pembiayaan perumahannya sendiri;
Pekerja badan berkanun merujuk kepada mana-mana pekerja tanpa mengambil kira kategori Badan Berkanun (Biasa, Diasingkan Saraan atau Diasingkan Saraan dan Bebas). Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak LPPSA, peralihan CAAM sebagai sebuah entiti BBDSB tidak akan menjejaskan kelayakan pekerjanya.
Secara amnya, hampir semua elaun sedia ada adalah dikekalkan.