TERKINI DI ASiS
(JANUARI-FEBRUARI 2026)
(JANUARI-FEBRUARI 2026)
(13 JANUARI)
Pendaftaran telah dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan kelancaran kemasukan murid ke peringkat baharu persekolahan. Proses pendaftaran ini melibatkan pengesahan maklumat murid, pengurusan dokumen berkaitan serta penerangan ringkas berkenaan peraturan sekolah, struktur akademik dan hal ehwal murid. Melalui pendaftaran ini, pihak sekolah dapat memastikan setiap murid bersedia dari segi akademik dan sahsiah untuk memulakan sesi persekolahan 2026 dengan baik.
(12 JANUARI)
ASiS telah dikunjungi oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, Tuan Inspektor Dasrul Fazrizam bin Disi, Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Cheras, Kuala Lumpur bagi menjalankan program First Day at School, iaitu sebuah kolaborasi diantara Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dengan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Penolong Kanan Pentadbiran, En. Zuri Afizu bin Mat Jusoh telah mengadakan satu taklimat yang menyeluruh berkaitan hala tuju akademik dan kurikulum sekolah. Taklimat ini merangkumi penjelasan tentang Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan, strategi peningkatan yang diharapkan, serta sasaran prestasi yang ingin dicapai oleh pihak sekolah bagi setiap tingkatan, selaras dengan perancangan dan matlamat pendidikan sekolah.
Program ini telah dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan antara murid & guru dalam suasana yang lebih mesra dan terbuka. Murid dapat berkomunikasi bersama guru mentor & guru kelas menerusi sesi icebreaking yang bertujuan membina keselesaan, kepercayaan & komunikasi dua hala. Pelantikan jawatankuasa dorm & kelas turut dijalankan bagi membantu melancarkan urusan harian, memupuk rasa tanggungjawab serta membentuk kepimpinan dalam kalangan murid.