Setiap sekolah memerlukan pasukan murid yang mampu membantu pihak pentadbiran dalam menjaga kelancaran pengurusan harian. Di ASiS, Badan Perkhidmatan Teras berperanan sebagai kumpulan utama yang menyokong disiplin, kebajikan & pelaksanaan aktiviti rasmi sekolah. Dengan komitmen & kepimpinan yang kukuh, badan ini menjadi antara tonggak yang memastikan persekitaran sekolah sentiasa teratur, selamat & kondusif untuk pembelajaran.
Lihat skop tugas lengkap PRESiS yang akan dilaksanakan mulai sesi 2026/2027:
Merupakan badan kepimpinan utama murid yang diberi amanah untuk membantu pihak sekolah dalam pengurusan disiplin & pemantauan tingkah laku. PRESiS memastikan setiap rutin harian berjalan lancar, sama ada semasa perhimpunan, waktu pembelajaran, program rasmi, mahupun pada waktu malam. Mereka juga memainkan peranan penting dalam membentuk budaya sekolah yang tertib, beradab & berintegriti tinggi.
Berfungsi sebagai nadi utama dalam pembangunan kerohanian warga sekolah. AIC mengurus & mengimarahkan surau, merancang program keagamaan serta memupuk nilai Islam melalui pendekatan yang menyantuni, tersusun & berkesan. Melalui aktiviti dakwah, tazkirah & bimbingan berterusan, AIC berusaha melahirkan murid yang seimbang dari aspek akhlak, kerohanian & sahsiah diri.
Satu pasukan terlatih yang berperanan untuk memberi sokongan emosi, sosial & psikologi kepada murid-murid lain. Di bawah Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK), PRS memastikan setiap murid mempunyai ruang untuk berkongsi masalah, mendapatkan dorongan & menerima bantuan secara empati, rahsia & beretika. Mereka membantu memupuk suasana sekolah yang lebih prihatin, harmoni & saling menyokong.
Merupakan pasukan yang bertanggungjawab mengurus, menyelenggara & memperkasa fungsi Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat ilmu. Mereka memastikan bahan bacaan sentiasa teratur serta membantu murid mendapatkan rujukan yang sesuai. Selain itu, LibraSiS turut memainkan peranan dalam memupuk budaya membaca, mengurus program literasi & mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, teratur & mesra pengguna.