Hal Ehwal Murid (HEM) berperanan memastikan kebajikan, disiplin dan pembangunan sahsiah murid sentiasa terjamin. Bahagian ini mengurus pelbagai aspek berkaitan perkhidmatan murid, penginapan, serta saluran laporan bagi memastikan pengalaman sekolah yang selamat, teratur dan berkualiti.
Laman-laman berikut menghimpunkan pasukan perkhidmatan utama sekolah, yang dibahagikan kepada 2 kategori, Badan Perkhidmatan Teras & Badan Perkhidmatan Khas. Kesemua badan-badan perkhidmatan ini memainkan peranan dalam membantu memastikan pentadbiran sekolah dapat berjalan dengan lancar.
Seksyen ini menyediakan maklumat & butiran berkaitan warden sekolah untuk memudahkan pengurusan murid di asrama.
Seksyen ini menyediakan maklumat berkaitan pengurusan & kebajikan murid serta program yang dijalankan di asrama.
Laman ini dijadikan sebagai cara untuk memudahkan murid & warga sekolah mengemukakan laporan atau aduan secara berhemah. Tujuannya untuk menambah baik persekitaran sekolah & memastikan isu diselesaikan dengan cepat & berkesan.