Lagu sekolah ASiS, "Menuju Cita", direka untuk menggambarkan semangat, disiplin dan aspirasi warga sekolah.
Ia menjadi simbol penyatuan seluruh pelajar serta sebagai peringatan mereka tentang tanggungjawab menuntut ilmu, membina sahsiah & berusaha mencapai kecemerlangan akademik.
Pada awalnya, video muzik pertama telah dihasilkan pada tahun 2017 oleh PER[XIV]ERE.
Walau bagaimanapun, video muzik tersebut telah pun dihasilkan semula oleh E[XX]CELSIOR sempena ulang tahun ke-20 ASiS pada tanggal 16 Jun 2023 yang lalu.
Marilah pelajar kita semua
Menuntut ilmu amalan mulia
Samalah kita usaha sampai berjaya
Itulah harapan semua
Kamilah penuntut yang setia
Rajin usaha asas kita semua
Bersatu kita teguh usaha bersama
Majulah Sains Alam Shah
Dengarlah dan ingatlah
Pesanan semua
Harapan ayah bonda
Semoga berjaya
Kamilah penuntut yang setia
Rajin usaha asas kita semua
Bersatu kita teguh usaha bersama
Menuju cita semua
Tonton video muzik asal di sini: