Selain pasukan teras, sekolah juga memerlukan kumpulan murid yang menjalankan tugas-tugas khusus mengikut keperluan acara, program & situasi tertentu. Di ASiS, Badan Perkhidmatan Khas menghimpunkan pelajar yang diberi amanah untuk membantu dalam tugasan berjadual atau berasaskan projek, seperti pengurusan majlis, teknikal, dokumentasi & sokongan acara. Walaupun tidak bertugas sepanjang tahun, peranan mereka sangat penting dalam memastikan setiap program sekolah berjalan lancar, tersusun & berkualiti.
Menyediakan keperluan harian murid dengan memastikan barangan penting sentiasa mencukupi & mudah diakses. Pasukan ini mengurus penjualan makanan ringan, pakaian sekolah, keperluan asas asrama seperti selimut & cadar, serta membekalkan buku tulis & buku aktiviti. Koperator juga menyokong pembangunan budaya keusahawanan dalam kalangan murid.
Menguruskan pengagihan buku teks kepada para pelajar pada permulaan tahun sesi akademik & mengendalikan proses pemulangan di hujung tahun. Pihak SPBT memastikan semua buku dijaga dengan baik & berada dalam keadaan yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar seterusnya. Peranan mereka penting dalam memastikan kelancaran pengurusan sumber pembelajaran utama sekolah.
Kumpulan respon awal terhadap kerosakan kecil atau kecemasan teknikal di sekitar sekolah. Sama ada paip bocor, kerosakan pintu atau isu asas penyelenggaraan, pasukan ini membantu memastikan keadaan sekolah kekal selamat, tersusun & berfungsi dengan baik. Peranan mereka membolehkan kerja perbaikan kecil ditangani dengan lebih cepat sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak pentadbiran.
Terdiri daripada tiga bahagian khusus yang menyokong operasi fizikal & teknikal sekolah.
Mengurus, menyelia & memastikan keselamatan aset sekolah seperti kerusi, meja, peralatan program & barangan umum.
Mengendalikan persiapan & kelancaran acara sukan, termasuk penyediaan peralatan & penyusunan kawasan pertandingan.
Menyelenggara sistem siar raya, audio, & kelengkapan teknikal untuk semua program rasmi, memastikan setiap acara berjalan lancar & profesional.
Keseluruhan pasukan ini memainkan peranan penting dalam memastikan segala kemudahan sekolah sentiasa dalam keadaan baik & bersedia digunakan.
Bertanggungjawab mendokumentasi perjalanan & aktiviti sekolah melalui fotografi, penulisan serta penyuntingan bahan media. Pasukan ini merakam gambar bagi program rasmi, menyusun liputan acara & menghasilkan majalah tahunan sekolah, EKSPRESIF. Dengan kreativiti & ketelitian, SIDRED menjadi penyimpan rekod visual yang menggambarkan identiti & cerita warga ASiS.
Mengurus kandungan video rasmi sekolah, termasuk rakaman program, laporan aktiviti & penyiaran melalui platform YouTube sekolah. Walaupun berkait rapat dengan Pusat Sumber Sekolah, ASiS TV bergerak sebagai pasukan media yang fokus kepada penghasilan video, dokumentasi digital & liputan acara. Mereka membantu meningkatkan keterlihatan sekolah melalui media moden yang berkualiti.
Berfungsi sebagai penjaga sejarah & identiti sekolah. Pasukan ini mengumpul, menyusun dan memelihara rekod pencapaian murid dalam bidang sains, kokurikulum & sukan. Selain itu, mereka menyimpan koleksi item sekolah seperti pakaian rasmi, aksesori, lembaran lama EKSPRESIF & memorabilia ASiS. Unit ini juga bertindak sebagai pembentang sejarah sekolah kepada pelawat luar, memastikan legasi ASiS terus dihargai & difahami.