Laman ini adalah laman rasmi Sekolah Menengah Sains Alam Shah (SMSAS), ataupun lebih dikenali sebagai ASiS (Alam Shah Science School) yang merupakan antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) & Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dasar pendidikan di ASiS adalah untuk memberikan pendidikan kepada kaum-kaum bumiputera berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menjadikan mereka warganegara yang memiliki cara hidup yang dinamik, kreatif, inovatif, produktif, dan pragmatis bagi memenuhi kehendak negara yang sedang membangun melalui penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) serta penekanan kepada ilmu Sains & Teknologi.