Laman web rasmi Kokurikulum boleh didapati di pautan berikut untuk maklumat lanjut:
Kokurikulum merupakan komponen penting dalam pendidikan yang bertujuan melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani & intelek. Laman ini disediakan untuk memaparkan maklumat, aktiviti serta pencapaian kokurikulum, di samping menggalakkan penglibatan aktif dalam kalangan warga sekolah.
Bidang kokurikulum merangkumi 3 komponen utama iaitu sukan & permainan, kelab & persatuan, serta badan beruniform. Penglibatan dalam bidang ini membantu perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui pembinaan kemahiran kepimpinan, kerjasama & sahsiah diri.
Rumah sukan diwujudkan sebagai satu sistem untuk mengurus & menyelaras penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan secara teratur & berkesan. Melalui sistem ini, pelajar dapat menyertai pelbagai acara sukan dalam suasana yang kompetitif dan terancang, sekali gus memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan disiplin diri.