Lencana yang direka adalah untuk melambangkan identiti, nilai & aspirasi sekolah.
Setiap simbol & warna dalam logo ini membawa makna tersendiri yang mencerminkan falsafah pendidikan ASiS serta semangat kecemerlangan yang ingin diterapkan kepada setiap pelajar.
Melambangkan sekolah yang bersifat global.
Melambangkan budaya kecemerlangan sekolah.
Melambangkan penggunaan teknologi maklumat dalam kemajuan digital serta keupayaan pelajar ASiS menguasai ilmu & kemahiran abad ke-21.
Melambangkan ilmu Sains & Teknologi yang menjadi asas pembentukan pelajar ASiS yang beraliran Sains Tulen yang berpengetahuan tinggi & berfikiran kritis.
Melambangkan ilmu sebagai teras pemikir yang menjadi wawasan pelajar ASiS untuk mencapai kemajuan & kecemerlangan dalam pendidikan.
Melambangkan kesetiaan serta ketaatan kepada Raja & Negara di sekolah ini yang bersesuaian dengan prinsip Rukun Negara ke-2.
Melambangkan perpaduan antara kaum sebagai budaya sekolah yang cemerlang dalam menghasilkan masyarakat Malaysia yang mampan.
Melambangkan kesucian agama sebagai landasan hidup supaya dapat melahirkan murid yang beriman, berakhlak mulia, berketerampilan & sejahtera.
Melambangkan semangat warga sekolah yang sentiasa membara untuk sentiasa mencapai kegemilangan dalam segala aspek-aspek kehidupan.