Semua Warga ASiS mengucapkan tahniah atas pelantikan tuan, segala jasa tuan akan sentiasa dihargai.
Laman ini ditujukan sebagai ruang penghargaan untuk mengenang jasa, kepimpinan dan pengaruh positif tuan sepanjang menerajui ASiS.
Saksikan Video Majlis Perpisahan En. Jasmi bin Md Isa dengan menekan video di atas
En. Jasmi bersama GANTARI ASiS di Pentas Akhir Festival Tarian Etnik Kreatif & Seni Silat Kebangsaan 2023 anjuran Kolej Tun Kurshiah (TKC)
En. Jasmi memberi hadiah ketika Hari Eksplorasi Matematik
En. Jasmi ketika Solat hajat Perdana di Dewan Putera Lestari
En. Jasmi memberi sampul kepada anak Pn. Nazirah ketika Majlis Khatam Al-Quran
En. Jasmi memberi hadiah kepada pelajar
En. Jasmi memberi teguran kepada murid-murid di Surau Al-Fateh
En. Jasmi menyertai Hari Sukan Negara 2024 peringkat sekolah
En. Jasmi semasa sesi penggambaran guru & AKP
En. Jasmi semasa Majlis Pelancaran Kenali GENERASI MADANI
En. Jasmi ketika Program Ramah Mesra bersama Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur
En. Jasmi ketika Majlis Pembukaan Karnival STREAM 2025
En. Jasmi ketika Majlis Anugerah Kecemerlangan Tingkatan 5 Sesi 2024/2025
En. Jasmi bermesyuarat bersama guru-guru di Bilik Gerakan
En. Jasmi meninjau pembinaan Arena Putera
En. Jasmi bersama guru-guru melawat murid di rumahnya
En. Jasmi bersama guru-guru dalam Program Team Building Guru-Guru ASiS di Pulau Pangkor
En. Jasmi bersama guru-guru bahasa meraikan kejayaan Bahas Piala Perdana Menteri ke-48.
En. Jasmi bersama barisan pentadbir Sesi 2023/2024 bersedia untuk sesi penggambaran
En. Jasmi bersama kakitangan akademik mengucapkan Salam Aidilfitri
En. Jasmi bersama warga ASiS ketika Minggu Solidariti Palestin
En. Jasmi bersalaman dengan murid sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025
En. Jasmi merasmikan Program PETAH 2025
En. Jasmi menerima anugerah sewaktu Sambutan Hari Guru 2025
En. Jasmi bersama Perdana Menteri YB Dato' Seri Anwar Ibrahim & Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek ketika lawatan ke ASiS pasca-bencana
En. Jasmi memberi sijil sewaktu MAKSUM 2024
En. Jasmi merasmikan Skuad Pantas ASiS
En. Jasmi merasmikan Kempen ADAB
En. Jasmi di Dewan Putera Lestari ketika lawatan pelajar Madrasah Aliyah Negeri 2 Ponorogo ke ASiS
En. Jasmi semasa Mesyuarat Agung PiBG Kali Ke-23
En. Jasmi merasmikan LIBRAFEST 2025
En. Jasmi bersama warga sekolah meraikan Ulang Tahun Ke-22 ASiS
En. Jasmi menghadiri Majlis Makan Malam Beradat setiap rumah
En. Jasmi & warga ASiS ketika Sambutan Bulan Patriotisme 2022
En. Jasmi semasa aktiviti penyembelihan
En. Jasmi bersama ahli kadet polis menjemput pihak PDRM ke sekolah
En. Jasmi bersama Tuan Husin Mahbeb sewaktu Sambutan Bulan Patriotisme ASiS 2023
En. Jasmi bersama Pengarah SBP
En. Jasmi bersama Panitia Sejarah
En. Jasmi sewaktu Majlis Restu Ilmu 2023
Hari Pertama En. Jasmi Sebagai Pengetua ASiS
Kenaikan pangkat En. Jasmi merupakan satu penghormatan besar kepada beliau dan juga sekolah kami. Walaupun pemergiannya membawa perubahan, kami tetap meraikan pencapaian ini dengan rasa syukur dan bangga.
Sekali lagi kami mendoakan agar beliau terus berjaya dalam peranan baharu dan sentiasa diberi kekuatan untuk memimpin dengan cemerlang. Walaupun perjalanan beliau diteruskan di tempat lain, jasa dan sentuhannya akan kekal dalam ingatan sekolah ini. Terima kasih atas segalanya, Tuan Pengetua.
"Jasamu Dikenang, Iltizammu Diteladani."
Hari terakhir En. Jasmi di ASiS