PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN SENIMAN SENI DIGITAL MALAYSIA (ASEDAS) PPM-023-16-26022022 SESI 2024/2026
ASEDAS JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN YAYASAN SENI SELANGOR
SHAH ALAM, 14 Februari 2025 – Persatuan Seniman Seni Digital Malaysia (ASEDAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Seni Selangor (YSS) dalam usaha memperkukuh hubungan dan meneroka peluang kerjasama dalam bidang seni digital.
Delegasi ASEDAS diketuai oleh Presidennya, Prof. Madya Ahamad Tarmizi bin Hj. Azizan, bersama enam ahli jawatankuasa termasuk Setiausaha Agung, Mohd Azizi bin Husain dan Bendahari Agung, Yusof bin Ghani.
Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan ASEDAS serta membincangkan potensi kolaborasi dalam penganjuran program seni digital seperti pameran, bengkel, dan latihan untuk pelajar serta bakat tempatan. Yayasan Seni Selangor turut menawarkan peluang pameran kepada ASEDAS pada November hingga Disember 2025, selain menggalakkan penghantaran kertas kerja untuk permohonan sokongan dan penajaan dari Kerajaan Negeri.
Melalui pertemuan ini, ASEDAS berharap dapat membangunkan ekosistem seni digital yang lebih mampan serta memperluaskan jaringan kerjasama bagi manfaat penggiat seni tanah air.