PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN SENIMAN SENI DIGITAL MALAYSIA (ASEDAS) PPM-023-16-26022022 SESI 2024/2026
Ahli Jawatankuasa (Majlis Tertinggi):
Prof. Madya Ahamad Tarmizi bin Hj. Azizan (Pengerusi / Presiden), Tel. +60 19-986 9419
Hjh. Ts. Dr. Maria binti Mohammad (Timbalan Pengerusi / Presiden), Tel.: +60 12-973 582
En. Mohd Azizi bin Husain (SU Agung), Tel.: +60 12-721 213
Kosong (Pen SU Agung)
En. Mohd Yusof bin Abd. Ghani ( Bendahari Agung ), Tel.: +60 19-359 3009
Kosong (Pen. B Agung),
En. Mohd Nizam bin Radzaly (AJK 1), Tel;: +60 16-364 5426
En. Firus bin Ahmad (AJK 2), Tel.: +60 19-435 0323
En. Afiq Zulhilmi bin Baharudin (AJK 3). Tel. : +60 10-218 8676
Pn. Siti Humaira binti Ramli (AJK 4). Tel.: +60 11-6111 1032
Kosong (AJK 5) :
HUBUNGI KAMI - EMAIL : asedasmsia@gmail.com
Biro
Pendidikan & Latihan
Komuniti & Amal
Promosi & Keahlian
Keusahawanan & Perniagaan
Penyelidikan, Teknologi dan Inovasi
Pameran & Acara
Kolaborasi (Domestik dan Antarabangsa)
Penajaan & Media Massa
Rekabentuk & Pembangunan Sistem
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.
Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung DwiTahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung DwiTahunan adalah
mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu
mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;
memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari dua pertiga (2/3) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung DwiTahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung DwiTahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.