PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN SENIMAN SENI DIGITAL MALAYSIA (ASEDAS) PPM-023-16-26022022 SESI 2024/2026
ASEDAS Malaysia Cadang Tubuhkan Majlis Pengiktirafan Gelaran Profesional untuk Artis Digital
26 Oktober 2024, Kuala Lumpur – ASEDAS Malaysia mengumumkan rancangan penubuhan Majlis Seni, Rekabentuk dan Media Digital Antarabangsa (MSRMDA) atau International Board of Art, Design and Digital Media Council (IADM Council) untuk memberikan pengiktirafan secara rasmi kepada artis digital melalui gelaran profesional. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan status artis digital setanding dengan profesion lain yang diiktiraf, seperti arkitek dan saintis. ASEDAS Malaysia menyatakan bahawa majlis ini akan memberi peluang kepada artis digital dari Malaysia khususnya dan serata dunia secara amnya untuk mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi melalui gelaran seperti PsD. (Artis Digital Profesional), AsD. (Artis Digital Amatur), JsD. (Artis Digital Junior), dan MsD. (Artis Digital Master). Gelaran ini boleh digunakan secara rasmi dalam urusan profesional dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. “Industri seni digital telah berkembang dengan pantas, namun artis digital sering kekurangan pengiktirafan formal. Penubuhan World ADM Council akan mewujudkan satu standard pengiktirafan global yang mengiktiraf kualiti karya serta sumbangan mereka dalam bidang ini,” kata jurucakap ASEDAS Malaysia. Majlis ini dijangka akan terdiri daripada pakar antarabangsa, pemimpin industri, serta wakil kerajaan yang akan berperanan sebagai Lembaga Gabenor dan Panel Penasihat. Mereka akan mengawasi piawaian serta proses pengiktirafan di setiap negara.
Platform Global untuk Artis Digital
Berasaskan keahlian yang terbahagi kepada dua kategori – Nasional dan Antarabangsa – artis digital akan melalui proses permohonan yang merangkumi penghantaran portfolio, pengesahan karya, dan ujian praktikal, jika perlu. Setelah disahkan, artis akan menerima sijil gelaran profesional yang sah untuk tempoh tiga tahun, yang perlu diperbaharui dengan bukti sumbangan dalam industri. International Board of Art, Design and Digital Media Council (IADM Council) juga akan memperkenalkan kod etika untuk memastikan standard tinggi dalam karya seni digital, di samping menggalakkan kolaborasi global. Sebarang pelanggaran kod etika boleh menyebabkan tindakan disiplin termasuk penarikan gelaran profesional. Yuran untuk keahlian dan gelaran ini berbeza mengikut kategori dengan kos yang disesuaikan berdasarkan keperluan dan sumbangan artis. Gelaran MsD. (Artis Digital Master) yang dianggap paling tinggi akan mengenakan yuran permohonan sebanyak USD 150.
Pengiktirafan Antarabangsa
Menerusi kerjasama ASEDAS Malaysia, ASEDAS Antarabangsa dengan institusi seni dan universiti dari pelbagai negara, gelaran yang dianugerahkan oleh International Board of Art, Design and Digital Media Council (IADM Council) dirangka untuk diiktiraf di pelbagai negara peserta, dengan saaran awal adalah di beberapa negara di Asia tengah, Asia Barat, Asia Timur, Asia Tenggara dan Eropah. Artis digital yang mendapat pengiktirafan ini akan menikmati pelbagai faedah seperti akses kepada bengkel, persidangan antarabangsa, serta peluang penempatan kerja melalui rangkaian global yang luas. Majlis ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi secepat mungkin dengan sidang kemuncak antarabangsa yang melibatkan komuniti seni digital, pemimpin industri, dan media pada tahun hadapan. Langkah ini dilihat sebagai usaha signifikan dalam memperkukuh kedudukan artis digital di pentas global.
Langkah Seterusnya
ASEDAS Malaysia kini sedang mempersiapkan struktur Lembaga Gabenor dan Panel Penasihat yang terdiri daripada wakil dari pelbagai rantau termasuk Asia, Eropah, Amerika, dan Afrika. Struktur ini dijangka akan memastikan kepelbagaian perspektif serta pengaruh global dalam pelaksanaan inisiatif ini. Pelancaran global International Board of Art, Design and Digital Media Council (IADM Council) akan berlangsung tidak lama lagi, dengan artis digital di seluruh dunia dijemput untuk memohon pengiktirafan yang bakal membuka jalan kepada perkembangan profesional dan komersial mereka di masa hadapan.
ASEDAS Malaysia Proposes Establishment of Professional Title Recognition Council for Digital Artists
October 26, 2024, Kuala Lumpur – ASEDAS Malaysia has announced plans to establish the International Board of Art, Design and Digital Media Council (IADM Council) to provide official recognition for digital artists through professional titles. This initiative aims to elevate the status of digital artists to be on par with other recognized professions, such as architects and scientists. ASEDAS Malaysia stated that this council would offer opportunities for digital artists from Malaysia in particular, and globally in general, to receive higher recognition through titles such as PsD. (Professional Digital Artist), AsD. (Amateur Digital Artist), JsD. (Junior Digital Artist), and MsD. (Master Digital Artist). These titles can be used formally in professional dealings and are internationally recognized. “The digital art industry has grown rapidly, but digital artists often lack formal recognition. The establishment of the International Board of Art, Design and Digital Media Council (IADM Council) will create a global recognition standard that acknowledges the quality of work and contributions of digital artists in this field,” said a spokesperson for ASEDAS Malaysia. The council is expected to consist of international experts, industry leaders, and government representatives who will serve as the Board of Governors and Advisory Panel. They will oversee the standards and recognition process in each country.
Global Platform for Digital Artists
With membership divided into two categories – National and International – digital artists will undergo an application process that includes portfolio submission, work verification, and practical tests if necessary. Once approved, artists will receive a professional title certificate valid for three years, which must be renewed with proof of industry contributions. The International Board of Art, Design and Digital Media Council (IADM Council) will also introduce a code of ethics to ensure high standards in digital artwork while promoting global collaboration. Any violation of the code of ethics may result in disciplinary actions, including the revocation of the professional title. Fees for membership and titles vary by category, with costs tailored based on the artist's needs and contributions. The MsD. (Master Digital Artist) title, considered the highest, will require an application fee of USD 150.
International Recognition
Through collaborations with ASEDAS Malaysia, ASEDAS International, and art institutions and universities from various countries, titles awarded by the International Board of Art, Design and Digital Media Council (IADM Council) are designed to be recognized in participating nations, with initial targets in several countries across Central Asia, West Asia, East Asia, Southeast Asia, and Europe. Digital artists who receive this recognition will enjoy various benefits such as access to workshops, international conferences, and job placement opportunities through an extensive global network. The council is expected to be officially launched soon, with an international summit involving the digital art community, industry leaders, and media set for next year. This move is seen as a significant effort to strengthen the position of digital artists on the global stage.
Next Steps
ASEDAS Malaysia is currently preparing the structure of the Board of Governors and Advisory Panel, comprising representatives from various regions including Asia, Europe, America, and Africa. This structure is expected to ensure diverse perspectives and global influence in implementing this initiative. The global launch of the International Board of Art, Design and Digital Media Council (IADM Council) will take place soon, with digital artists worldwide invited to apply for recognition, which will pave the way for their professional and commercial development in the future.