PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN SENIMAN SENI DIGITAL MALAYSIA (ASEDAS) PPM-023-16-26022022 SESI 2024/2026
Biro
Pendidikan & Latihan
Komuniti & Amal
Promosi & Keahlian
Keusahawanan & Perniagaan
Penyelidikan, Teknologi dan Inovasi
Pameran & Acara
Kolaborasi (Domestik dan Antarabangsa)
Penajaan & Media Massa
Rekabentuk & Pembangunan Sistem
Majlis Tertinggi
Ahli Jawatankuasa Sesi 2024/2026
Prof. Madya Ahamad Tarmizi bin Hj. Azizan (Pengerusi / Presiden), Tel. +60 19-986 9419
Hjh. Ts. Dr. Maria binti Mohammad (Timbalan Pengerusi / Presiden), Tel.: +60 12-973 582
En. Mohd Azizi bin Husain (SU Agung), Tel.: +60 12-721 213
Ts. Nurul Fadzillah binti Abdul Wahab (Pen SU Agung)
En. Mohd Yusof bin Abd. Ghani (Bendahari Agung ), Tel.: +60 19-359 3009
Ts. Fatin Nabihah binti Saari (Pen. B Agung).
En. Mohd Nizam bin Radzaly (AJK 1), Tel;: +60 16-364 5426
En. Firus bin Ahmad (AJK 2), Tel.: +60 19-435 0323
En. Afiq Zulhilmi bin Baharudin (AJK 3). Tel. : +60 10-218 8676
Pn. Siti Humaira binti Ramli (AJK 4). Tel.: +60 11-6111 1032
Pn. Muriza binti Mustafa (AJK 5) : Tel.: +60013-2188189
HUBUNGI KAMI - EMAIL : asedasmsia@gmail.com
Persatuan Seni Digital Malaysia
(ASEDAS Malaysia)
BLOK E-T11-U06, PARCEL 5R3, PRESINT 5, 62200 PUTRAJAYA
Skop Tugas Biro-Biro bagi Persatuan Seniman Seni Digital Malaysia (ASEDAS Malaysia):
Biro Pendidikan & Latihan:
- Mengatur dan mengelola bengkel, kursus, seminar, simposium, persidangan dan aktiviti latihan berkaitan seni digital dan STEAM.
- Berkerjasama dengan institusi pendidikan untuk mengembangkan program pendidikan seni digital dan STEAM.
- Menganjurkan sesi pembelajaran dalam talian dan fizikal bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran seniman seni digital.
Biro Komuniti & Amal:
- Membina dan memelihara komuniti seni digital yang dinamis dan inklusif.
- Mengkoordinasikan acara-acara sosial dan amal untuk mendorong pertukaran pengetahuan dan kerjasama di kalangan seniman digital.
Biro Promosi & Keahlian:
- Mempromosikan bidang seni digital seni digital dan STEAM di kalangan masyarakat melalui pameran, promosi online, dan aktiviti berfokus.
- Menyediakan platform untuk seniman digital mempamerkan karya-karya mereka dan mendapatkan pengiktirafan.
Biro Keusahawanan & Perniagaan:
- Membantu seniman digital dalam menjana pendapatan melalui penjualan karya seni digital dan kerjasama komersial.
- Mengatur program-program pembangunan keusahawanan bagi membantu seniman digital memahami aspek-aspek perniagaan.
Biro Penyelidikan, Teknologi, dan Inovasi:
- Menganjurkan kajian-kajian dan penyelidikan dalam bidang seni digital dan STEAM.
- Menggalakkan dan menerokai penggunaan teknologi terkini dalam penciptaan seni digital dan STEAM.
- Membina hubungan dengan industri teknologi dan inovasi untuk menggalakkan pertumbuhan seni digital dan STEAM.
Biro Pameran & Acara:
- Mengatur pameran seni digital, baik dalam talian maupun fizikal, untuk mempamerkan karya seniman digital.
- Menyokong pelaksanaan acara-acara seni digital dan STEAM seperti festival, pertandingan, festival dan pertunjukan.
Biro Kolaborasi (Domestik dan Antarabangsa):
- Membina rangkaian kerjasama dengan komuniti seni digital dan STEAM di Malaysia dan seluruh dunia.
- Menganjurkan projek-projek sseni digital dan STEAM yang melibatkan seniman dari pelbagai negara.
Biro Penajaan & Media Massa:
- Mencari dan menjalin hubungan dengan pihak penaja dan media massa untuk menyokong program-program persatuan.
- Mengatur aktiviti-aktiviti khusus untuk pihak penaja dan media massa sebagai penghargaan atas sokongan mereka.
Biro Rekabentuk & Pembangunan Sistem:
- Menguruskan pembangunan dan penyelenggaraan laman web dan platform digital bagi Persatuan.
- Memastikan aksesibiliti dan pengalaman pengguna yang berkesan untuk ahli dan masyarakat.
Menerusi skop tugas ini, Persatuan Seniman Seni Digital Malaysia (ASEDAS Malaysia) diharap akan dapat mencapai visi, misi, matlamat, hala tuju, objektif, slogan, dan nilai teras yang ditetapkan dalam memajukan dan mempromosikan seni digital dan STEAM di Malaysia, Asia Tenggara, dan dunia.