PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PERSATUAN SENIMAN SENI DIGITAL MALAYSIA (ASEDAS) PPM-023-16-26022022 SESI 2024/2026
FASAL 4 KEAHLIAN
Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
Ahli Biasa
Kewarganegaraan : Malaysia
Umur Minima : 21 tahun
Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia
Keturunan/Bangsa : Semua
Jantina : Semua
Agama : Semua
Kriteria Keahlian Yang Lain : Penggiat, seniman, pengkarya dan pendidik seni melalui medium digital dan tradisional.
Ahli Bersekutu : Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
Ahli Kehormat : Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.
Ahli Seumur Hidup : Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
Kelab / Persatuan Institusi Pendidikan : Terbuka kepada kelab atau persatuan yang ditubuhkan di peringkat sekolah atau institusi pendidikan. Kelab/persatuan boleh diwakili oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli ke mesyuarat agong.
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli dihantar kepada Setiausaha yang perlu mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar bayaran yuran proses dan yuran tahunan seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.