Perkhidmatan Eksekutif di HASA
Perkhidmatan Eksekutif di HASA
Perkhidmatan Klinik & Wad Eksekutif di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM mengguna pakai Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh atau Full Paying Patient (FPP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai garis panduan bagi perlaksanaannya di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Objektif utama Perkhidmatan Klinik Eksekutif di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM adalah bagi mengurangkan penghijrahan pakar-pakar perubatan ke hospital swasta disamping menjana pendapatan tambahan kepada hospital sendiri. Klinik Eksekutif ini telah memulakan operasi pada 1 September 2022 lalu.
Tujuan Perkhidmatan Klinik Eksekutif Diwujudkan
Tujuan perkhidmatan ini diwujudkan sebagai salah satu langkah bagi meningkatkan produktiviti perkhidmatan, menjana pendapatan serta dapat menawarkan ganjaran yang kompetitif kepada Pakar Perubatan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.Β Β
Selain itu, pelaksanaan Klinik Eksekutif ini adalah bertujuan untuk mengatasi dan mengurangkan masalah penghijrahan Pakar Perubatan ke hospital swasta dimana ia akan menjejaskan perkhidmatan sedia ada terutamanya apabila Pakar Perubatan tersebut merupakan satu-satunya Pakar Perubatan yang ada di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.Β
Kelebihan Mendaftar dengan Perkhidmatan ini?
Melalui Perkhidmatan Klinik & Wad Eksekutif di HASA, kelebihan yang diperoleh oleh pesakit adalah seperti :
Pesakit dapat membuat pilihan bagi perkhidmatan yang diperlukan.
Memendekkan masa menunggu dan masa rawatan.
Mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan wad yang lebih baik.
Dapat memilih pakar yang merawat secara langsung. (KLIK SINI UNTUK SEMAK PAKAR ANDAπ§ββ)
Caj rawatan yang lebih kompetitif berbanding swasta
Fokus Perkhidmatan Klinik Eksekutif
Fokus perkhidmatan ini adalah kepada rakyat yang berkemampuan untuk membayar kos penuh perubatan di mana mereka mempunyai pilihan untuk mendapatkan penjagaan rawatan kepakaran yang tinggi di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Pesakit akan dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi melalui skim ini.
Konsultasi
Penyiasatan
Tatacara (Prosedur & Pembedahan)
Rawatan
Hospitaliti
Pelbagai
Lokasi Perkhidmatan Klinik Eksekutif
Klinik Eksekutif (Aras 3)
Wad Eksekutif (Aras 9)
Jenis Perkhidmatan Klinik Eksekutif di HASA
Perkhidmatan Pesakit Luar
Perkhidmatan Pesakit Dalam
Perkhidmatan Pesakit Rawatan Harian
Dokumen dan Maklumat lain yang berkaitan :
π Operasi Perkhidmatan Klinik Eksekutif
π Proses Pendaftaran Pesakit Klinik Eksekutif
π Kelayakan Pakar PerubatanΒ
π Skop & Operasi Perkhidmatan Klinik Eksekutif
Kadar Harga/Caj bagi Perkhidmatan Klinik Eksekutif di HASA
CAJ PENDAFTARAN
New Registration
RATES (Malaysian) RM 60.00
RATES (Non-Malaysian) RM 120.00
Follow-up Registration
RATES (Malaysian) RM 30.00
RATES (Non-Malaysian) RM 60.00
CAJ DEPOSIT
In-patient
RATES (Malaysian) RM 1,000.00
RATES (Non-Malaysian) RM 2,000.00
Angiogram
RATES (Malaysian) RM 2,000.00
RATES (Non-Malaysian) RM 4,000.00
CABG (Bypass)
RATES (Malaysian) RM 10,000.00
RATES (Non-Malaysian) RM 20,000.00
PPM β Single Chamber
RATES (Malaysian) RM 15,000.00
RATES (Non-Malaysian) RM 30,000.00
PPM β Dual Chamber
RATES (Malaysian) RM 15,000.00
RATES (Non-Malaysian) RM 30,000.00
PCI/ Stent (Cardiology Only)
RATES (Malaysian) RM 15,000.00
RATES (Non-Malaysian) RM 20,000.00
Daycare
RATES (Malaysian) RM 400.00
RATES (Non-Malaysian) RM 800.00
CAJ WAD
Single Room
RATES (Malaysian) RM 250.00
RATES (Non-Malaysian) RM 500.00
Twin Sharing Room
RATES (Malaysian) RM 200.00
RATES (Non-Malaysian) RM 400.00
Critical Ward (ICU/CCU/HDU/PICU)
RATES (Malaysian) RM 400.00
RATES (Non-Malaysian) RM 800.00
NICU
RATES (Malaysian) RM 300.00
RATES (Non-Malaysian) RM 600.00
Isolation Room
RATES (Malaysian) RM 200.00
RATES (Non-Malaysian) RM 400.00
Operation Theater (Per Hour)
RATES (Malaysian) RM 200.00
RATES (Non-Malaysian) RM 400.00
*Pembayaran boleh dibuat melalui Tunai, Kad Kredit, Kad Debit, Insurans/TPA/Panel atau FinePay (HASA Mobile Apps)Β
Galeri
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Perkhidmatan Klinik & Wad Eksekutif di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM,Β sila hubungi talian 03-3396 3348/3648 atau emel ke executiveshasa@uitm.edu.my. Boleh juga hubungi secara terus ke talian Klinik & Wad Eksekutif (03-3396 3326).