Ujian Mendengar diperkenalkan sebagai sebahagian daripada format KSSM yang dilaksanakan sejak 2021. Ujian ini merupakan sebahagian daripada Kertas 4 (1119/4) dalam peperiksaan Bahasa Inggeris SPM.
Ujian penting yang bertujuan untuk mengukur keupayaan pelajar dalam memahami dan menginterpretasi maklumat yang didengar dalam bahasa Melayu.
Ia bukan sahaja mengukur kemampuan memahami bahasa lisan tetapi juga membantu pelajar mengasah kemahiran tumpuan dan analisis.
Kemahiran mendengar amat penting bukan sahaja untuk cemerlang dalam peperiksaan, tetapi juga dalam kehidupan seharian dan kerjaya masa depan.
Ujian Mendengar diperkenalkan sebagai sebahagian daripada format KSSM yang dilaksanakan sejak 2021. Ujian ini merupakan sebahagian daripada Kertas 4 (1103/4) dalam peperiksaan Bahasa Melayu SPM
Ia bertujuan menilai kemahiran pelajar dalam mendengar, memahami, dan menafsir maklumat daripada bahan audio seperti cerpen, dialog, atau laporan berita.
1. Jenis Soalan
Ujian ini mengandungi tiga jenis soalan yang berbeza:
Objektif Aneka Pilihan (OAP): Pilihan jawapan diberikan, dan pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat.
Objektif Pelbagai Bentuk: Soalan seperti mencocokkan maklumat daripada petikan dengan gambar rajah atau carta.
Subjektif Respons Terhad: Jawapan pendek berdasarkan isi petikan
2. Bilangan Soalan:
Calon perlu menjawab 20 hingga 25 soalan yang berasaskan 4 hingga 6 petikan audio. Kesemua soalan wajib dijawab, dan markah penuh untuk komponen ini adalah 30 markah.
3. Jenis Bahan:
Soalan berdasarkan bahan-bahan berikut:
Cerpen atau cerita pendek dengan dialog ringkas.
Laporan atau berita yang sering diambil daripada situasi harian.
Arahan dan penerangan seperti panduan keselamatan atau langkah-langkah sesuatu proses.
Petikan yang disediakan di dalam ujian ini bertujuan untuk menguji keupayaan pelajar memahami isi penting, mengenal pasti maklumat, serta mengesan intonasi dan nada
Calon membaca soalan kali pertama selama satu minit.
Mendengar rakaman pertama kali sambil membaca soalan.
Calon diberi masa 30 saat untuk menyemak jawapan.
Calon membawa soalan kali kedua selama satu minit.
Rakaman petikan diperdengarkan kali kedua.
Calon diberi masa 30 saat untuk menyemak jawapan. Jawapan ditulis terus tanpa memulakan ayat dengan kehendak soalan.
Ulang untuk petikan-petikan seterusnya.
Tempoh keseluruhan ujian adalah 30 minit.
Tips:
Kali Pertama: Mendengar rakaman pertama sambil membaca soalan. Catatkan nota ringkas atau kata kunci jika diperlukan.
Kali Kedua: Mendengar semula rakaman untuk mengesahkan jawapan. Fokus pada isi yang mungkin terlepas semasa mendengar kali pertama.
Tempoh masa keseluruhan ujian ialah 30 minit. Rakaman audio dimainkan dua kali, dan calon diberikan masa mencukupi untuk membaca serta menjawab soalan. Setiap petikan berlangsung sekitar 3 hingga 4 minit, bergantung pada panjang dan kandungannya.