Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dan ayat.
Kata sendi terletak di depan kata nama, frasa nama, atau kata ganti nama, dan dipisahkan daripada perkataan yang mengikutinya.
Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dan ayat.
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata ini ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Fungsi kata ini ialah sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
Kata ini juga memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
CONTOH:
1) Kepada/Akan/Terhadap
Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap
2) Di
Digunakan untuk tempat
3) Daripada
Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
4) Dari
Digunakan untuk tempat, arah atau masa.
5) Bagi/Untuk
Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain.
6)Dengan
Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat.
7) Seperti/Seumpama/Laksana/Bagai
Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain.
8)Dalam/Antara
Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
9) Ke
Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa.
10) Pada
Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
11)Demi
Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan.
12) Tentang
Digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan.
13) Sejak/Semenjak
Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa.
14) Oleh
Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
15) Hingga/Sampai
Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu.