Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti marah, terkejut, sakit, hairan, sindiran, terperanjat, sedih, hiba, takut, dan lain-lain lagi.
Cara penggunaannya atau intonasi orang yang bertutur menggunakan kata seru adalah nada meninggi atau menurun.
Kata ini digunakan untuk membentuk ayat seruan dan setiap ayat seruan akan berakhir dengan tanda seru iaitu !Â
Contoh Ayat
1) aduhai
Menyatakan perasaan sedih
Cth: Aduhai, apalah malang nasibku!
2) aduh
Meluahkan perasaan sakit dan kagum
Cth: Aduh, sakitnya kakiku!
3) amboi/wah
Menyatakan perasaan hairan atau kagum
Cth: Wah, besar sungguh rumah itu!
Cth: Amboi, mahal jam tangan ini!
4) ah
Menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
Cth: Ah, ini semua karut!
5) oh
Menyatakan rasa terkejut hairan, gembira atau mengharap
Oh, ini rupanya kereta kamu!
Oh Tuhan, ampunilah kesalahan-kesalahanku!
6) hai
Menegur seseorang atau mahu menarik perhatian
Cth: Hai, awak yang berbaju hijau itu!
7) wahai
Menyatakan perasaan sayang atau merayu
Cth: Wahai gadis yang rupawan!
8) cis/nah
Meluahkan perasaan marah atau benci
Cth: Cis, berani kau datang ke rumah aku!
Cth: Nah, ambil balik duit engkau ini!
9) syabas
Meluahkan perasaan gembira atau apabila mengucapkan tahniah
Cth: Syabas kerana berjaya menamatkan pengajian!
10) alamak
Menyatakan perasaan terkejut
Cth: Alamak, sudah pukul 8.30 pagi!
11) bedebah
Menyatakan perasaan marah
Cth: Bedebah, berani engkau menendang basikal aku!