PENGENALAN BAHASA MELAYU FORMAT SPM
INFO ASAS KERTAS 1
Kertas 1 terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
1.Bahagian A
2. Bahagian B
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab Kertas 1 ialah (2 jam).
Markah untuk kedua-dua bahagian ini ialah(100 markah.)
Pembahagian untuk Kertas 1 adalah seperti berikut:
Bahagian A
Berpandukan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan.
30 markah
150 - 200 patah perkataan.
Bahagian B
Terdapat empat soalan mengikut domain-calon dikehendaki memilih satu soalan sahaja.
Soalan 1 (Domain berbentuk perihal peribadi)
Soalan 2 (Domain Awam)
Soalan 3 (Domain Pendidikan)
Soalan 4 (Domain Kerjaya)
70 markah
350 - 500 patah perkataan.
INFO ASAS KERTAS 2
Kertas 2 terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
1.Bahagian A (35 markah)
2.Bahagian B (35 markah)
3. Bahagian C (30 markah)
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan dalam Kertas 2 ialah (2 jam 30 minit)
Markah untuk ketiga-tiga bahagian ini ialah
(100 markah)
Pembahagian untuk kertas 2 adalah seperti berikut:
BAHAGIAN A
Sistem dan Aplikasi Bahasa (35m)
Soalan 1 : Morfologi (6/8m)
Soalan 2 : Sintaksis (6/8m)
Soalan 3 : Penyuntingan (9/11m)
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard (4/6m)
- Menukarkan teks klasik kepada
bahasa Melayu moden.
Soalan 5 : Peribahasa (6m)
BAHAGIAN B
PEMAHAMAN (35m)
Soalan 6 : Petikan Umum (12m)
Soalan 7 : Petikan Sastera (13m)
Soalan 8 : Novel (10m)
BAHAGIAN C
Rumusan (30m)
Soalan 9 : Menulis Rumusan
INFO ASAS KERTAS 3
dikenali sebagai Ujian Bertutur.
Jumlah markah untuk Ujian Bertutur ialah sebanyak 70 markah.
Pembahagian markahnya ialah:
40 markah - Ujian Bertutur Individu
30 markah - Ujian Bertutur Kumpulan.
INFO ASAS KERTAS 4
dikenali sebagai Ujian Mendengar.
Jumlah soalan antara 20 hingga 25 soalan.
Masa keseluruhan ujian mendengar ialah 30 minit.
Jumlah markah untuk Ujian Mendengar ialah 30 markah.