Kata bantu adalah jenis perkataan yang mempunyai tugas khusus dalam membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
Ia berfungsi untuk menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.
Kata bantu terbahagi kepada dua jenis utama:
Kata Bantu Aspek: Kata-kata ini memberitahu sama ada perbuatan itu sudah, sedang, atau belum berlaku. Contoh kata bantu aspek adalah ‘telah’, ‘baru’, ‘pernah’, ‘sedang’, ‘masih’, ‘akan’, dan ‘belum’.
Kata Bantu Ragam: Kata-kata ini menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang individu atau ramai. Contoh kata bantu ragam adalah ‘hendak’, ‘mahu’, ‘harus’, ‘mesti’, ‘boleh’, dan ‘dapat’.