Kata Penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu kata adjektif atau frasa adjektif.
Kata ini boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Terdapat 3 jenis kata ini di dalam tatabahasa Bahasa Melayu iaitu:
1) Hadapan
Hadir di hadapan kata atau frasa adjektif
Cth: agak, paling, dan terlalu
Cth Ayat:
Minuman itu agak manis.
Murid yang paling pintar di sekolah ialah Osman.
Harga baju itu terlalu mahal.
2) Belakang
Hadir di belakang kata atau frasa adjektif
Cth: sekali, benar, betul dan nian
Cth Ayat:
Buah mangga itu manis sekali.
Lambat benar Pak Ali datang.
Indah nian pemandangan di sini.
Bunyi letupan itu kuat benar.
3) Bebas
Hadir di hadapan atau di belakang kata atau frasa adjektif
Cth: sangat, amat, dan sungguh
Cth ayat:
Kereta api itu sangat laju.
Pakaian seragam pasukan pengakap itu amat kemas.
Abu terbeli baju yang besar sangat.