Definisinya ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.
Maksud: Kata yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih yang sama penting kedudukan dan sifatnya.
Ayat yang terhasil dari gabungan ini disebut sebagai ayat majmuk gabungan.
Contoh Ayat
kecuali: Semua murid ke kelas tambahan itu kecuali Amin.
atau: Awak mahu makan tengah hari atau tidak ?
serta: Masyitah seorang pelajar yang pandai serta rajin menolong orang lain.
sambil: Haslina sedang membaca majalah sambil mendengar lagu.
Maksud: Kata yang menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.
Kata ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
Kata_Hubung Pancangan Relatif
Kata_Hubung Pancangan Komplemen
Kata_Hubung Pancangan Keterangan
1) Kata Hubung Pancangan Relatif
Maksud: kata yang menghubungkan klausa utama dengan satu klausa yang kecil.
Bentuk kata hubung yang digunakan adalah ‘yang’ dan contoh ayat sebagai panduan adalah seperti berikut:
Buku yang dikarang oleh Hilmi itu adalah buku Bahasa Inggeris.
Restoran yang mementingkan kebersihan itu digemari oleh para pelanggan.
2) Kata Hubung Pancangan Komplemen
Maksud: Menghubungkan satu klausa sebagai pelengkap kepada satu klausa utama.
Kata hubung yang sering digunakan ialah “bahawa” dan “untuk” dan contoh ayat adalah seperti berikut:
Siti memberitahu ibunya bahawa dia tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
Pak Kasim menebang pokok besar itu untuk mengelakkan sebarang kecelakaan.
3) Kata Hubung Pancangan Keterangan
Maksud: Untuk memberi keterangan dengan menghubungkan klausa pertama dan klausa yang jadi penerangan.
Antara contoh kata yang sering digunakan adalah kerana, agar, apabila, sekiranya, sementara, setelah, supaya, semenjak dan ketika.
Contoh ayat adalah seperti berikut:
Hashim menjadi pelajar cemerlang kerana berusaha bersungguh-sungguh.
‘Belajarlah rajin-rajin agar kamu boleh berjaya dalam pelajaran” pesan ayah kepada kami.
Ibu membersihkan halaman rumah supaya kelihatan bersih.
Maksud: Kata digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Ianya selalu terdiri daripada gabungan kata pancangan dan kata gabungan.
Berikut adalah contoh ayat:
Walaupun Ah Siang buta huruf namun beliau masih memastikan bahawa semua anaknya berjaya dalam pelajaran.
Hakimi bukan sahaja seorang pelajar yang pandai malah dia seorang yang aktif dalam bidang sukan.