Dalam fasa ini anda perlu melengkapkan pelaporan kerja projek yang dinamakan sebagai dokumentasi. Dalam dokumentasi ini, anda perlu menerangkan setiap fasa 1 hingga fasa 5 tentang semua tindakan yang telah dilakukan.
Berikut ialah contoh dokumentasi kerja projek McErzal Cafe :
Sedang diselenggara
TEKNIK PENGECAMAN CORAK
Pemalar
Harga menu
Jumlah bilangan menu
Jumlah harga menu
Jumlah harga keseluruhan
Tempahan disetkan Benar (True)
Input
Nombor menu dipesan oleh pelanggan
Bilangan menu dipesan oleh pelanggan
Proses
Mengira jumlah bilangan menu
Mengira jumlah harga menu
Mengira jumlah harga keseluruhan
Output
Papar nama restoran
Papar nombor menu, senarai menu dan harga menu
Papar arahan tekan integer 0 untuk mengira jumlah keseluruhan/ bayaran
Papar bilangan menu, senarai menu dan jumlah harga setiap menu
Papar ayat 'Jumlah bayaran ialah'
Papar jumlah keseluruhan / bayaran
Papar 'Sila masukkan nombor menu betul' jika pelanggan salah nombor menu
TEKNIK PENISKALAAN
Pemalar
Setkan harga <menu> - jenis data ialah float
Setkan jumlah bilangan <menu> = 0
Setkan jumlah harga <menu> = 0
Setkan jumlah harga keseluruhan = 0
Tempahan disetkan Benar (True), selagi Tempahan dalam True, atur cara akan meminta pelanggan masukkan nombor menu untuk pesanan sehinggalah tempahan diisytiharkan sebagai Palsu (False) iaiatu pengguna tekan integer 0, yang menyebabkan atur cara berhenti minta pengguna masukkan nombor menu.
Input
Guna pemboleh ubah noMenu, untuk ambil nombor menu dipesan oleh pelanggan, jenis data integer. Pelanggan akan memasukkan nombor 1, 2, 3, 4 atau 5. Jika pelanggan memasukkan integer 0, output paparan jumlah harga keseluruhan akan dipaparkan pula
Guna pemboleh ubah bil<menu> untuk ambil bilangan menu dipesan oleh pelanggan, jenis data integer.
Proses
Mengira jumlah bilangan <menu> = jumlah bilangan <menu> + bilangan <menu>, semua 5 jenis data integer. Ini membolehkan atur cara mengira jumlah bilangan menu yang sama jika berulang kali dipesan oleh pelanggan.
Mengira jumlah harga <menu> = jumlah bilangan <menu> X harga <menu>
Mengira jumlah harga keseluruhan = jumlah harga <menu> ditambah semuanya
Output
Papar nama restoran - McErzal Cafe di tengah paparan sebagai jenis data string
Papar nombor menu 1-5 dan 5 menu + simbol RM sebagai jenis data string, harga menu guna pemalar yang disetkan
Papar arahan tekan integer 0 untuk mengira jumlah keseluruhan/ bayaran. Pelanggan akan tahu, apabila selesai melakukan pesanan,pelanggan perlu tekan integer 0 untuk dapatkan jumlah keseluruhan / bayaran.
Papar ayat 'Jumlah bayaran ialah' sebagai info memberitahu pelanggan tentang bayaran yang perlu dibuat.
Papar bilangan menu, nama menu dan jumlah harga setiap menu. Pelanggan akan tahu bilangan setiap menu yang dipesan, nama setiap menunya yang telah dipesan dan jumlah harga bagi setiap menu dipesan.
Papar jumlah harga keseluruhan / bayaran. Pelanggan akan dapat melihat jumlah harga seluruh menu dipesan untuk membuat pembayaran di kaunter.
Papar 'Sila masukkan nombor menu betul' jika pelanggan salah nombor menu. Jika pelanggan memasukkan selain nombor integer 0 hingga 5, pelanggan akan diminta memasukkan semula nombor integer yang betul untuk membuat pesanan / tempahan menu yang diingini.
TEKNIK LERAIAN
(a) Masalah Besar
Mengekod algoritma, mengira jumlah bilangan menu dipesan, mengira jumlah harga menu dipesan, mengira jumlah harga keseluruhan
(b) Bahagian Kecil
Pengiytiharan pemboleh ubah dan pemalar
Input
Proses
Pilihan
Output
TEKNIK PENGECAMAN CORAK
Pengiytiharan pemboleh ubah & pemalar.
Pemboleh ubah untuk menyimpan nilai
Input
Pengguna memasukkan satu nilai numerik untuk nombor menu dan satu nilai numerik untuk bilangan menu dipesan
Proses
Jumlah bilangan menu = jumlah bilangan menu + bilangan menu
Jumlah harga menu = jumlah bilangan menu X harga menu
Jumlah harga keseluruhan = jumlah harga menu ditambah semuanya
Pilihan
Jika nombor menu ialah integer 0, 1, 2, 3, 4, 5 atau lain-lain
Output
Papar nama restoran
Papar nombor menu, senarai menu dan harga menu
Papar 'Tekan 0 untuk jumlah bayaran'
Papar jumlah bilangan menu, nama menu dan jumlah harga menu
TEKNIK PENISKALAAN
Pengiytiharan pemboleh ubah & pemalar.
Pemalar untuk menyimpan nilai tetap - harga 5 menu, bernilai float
Pemboleh ubah untuk menyimpan nilai - nombor menu & bilangan menu diiytihar sebagai integer, manakala jumlah bilangan menu, jumlah harga menu & jumlah harga keseluruhan diiytiharkan sebagai float.
Setkan order = True untuk isytiharkan atur cara sedia terima tempahan dari pelanggan, tempahan akan ditutup jika order = False
Input
Kod arahan mesej dorongan (prompt message) iaitu :
noMenu = int(input('\nPilih no. menu anda:'))
bilNasiLemak = int(input('Bilangan nasi lemak :'))
bilAyamGoreng = int(input('Bilangan ayam goreng :'))
bilTehAis = int(input('Bilangan teh ais :'))
Proses
Kod arahan mengira jumlah bilangan setiap menu :
jumBilNasiLemak = jumBilNasiLemak + bilNasiLemak
jumBilAyamGoreng = jumBilAyamGoreng + bilAyamGoreng
jumBilTehAis = jumBilTehAis + bilTehAis
Kod arahan mengira jumlah harga setiap menu :
jumHargaNasiLemak = jumBilNasiLemak*hargaNasiLemak
jumHargaAyamGoreng = jumBilAyamGoreng*hargaAyamGoreng
jumHargaTehAis = jumBilTehAis*hargaTehAis
Kod arahan mengira jumlah harga keseluruhan :
jumHargaKeseluruhan = round(jumHargaNasiLemak+jumHargaAyamGoreng+jumHargaTehAis,2)
Pilihan
Kod arahan setkan tempahan dari pelanggan mula diambil :
while order:
Kod arahan pelanggan memilih nombor menu - 0, 1, 2, 3, 4 atau 5 :
if noMenu == 0:
if noMenu == 1:
if noMenu == 2:
if noMenu == 3:
if noMenu == 4:
if noMenu == 5:
Jika pelanggan tersalah masukkan nombor menu :
else:
print('Sila masukkan no menu dengan betul')
continue
Output
Papar nama restoran :
print(' Selamat datang ke McErzal Cafe')
Papar nombor menu, senarai menu dan harga menu :
print(' NO MENU HARGA')
print(' 1. Nasi Lemak RM',hargaNasiLemak)
print(' 2. Ayam Goreng RM',hargaAyamGoreng)
print(' 3. Teh Ais RM',hargaTehAis)
Papar 'Tekan 0 untuk jumlah bayaran' :
print(' Tekan 0 untuk jumlah bayaran')
Papar jumlah bilangan menu, nama menu dan jumlah harga menu untuk sahkan pesanan pelanggan :
print(" ",jumBilNasiLemak,'Nasi Lemak RM',round(jumHargaNasiLemak,2))
print(" ",jumBilAyamGoreng,'Ayam Goreng RM',round(jumHargaAyamGoreng,2))
print(" ",jumBilTehAis,'Teh Ais RM',round(jumHargaTehAis,2))
Papar jumlah bilangan menu, nama menu dan jumlah harga menu pada akhir resit :
print(jumBilNasiLemak,'Nasi Lemak RM',round(jumHargaNasiLemak,2))
print(jumBilAyamGoreng,'Ayam Goreng RM',round(jumHargaAyamGoreng,2))
print(jumBilTehAis,'Teh Ais RM',round(jumHargaTehAis,2))
Papar jumlah harga keseluruhan untuk pelanggan bayar :
print('JUMLAH BAYARAN:RM',round(jumHargaKeseluruhan,2))
Sedang diselenggara
Sedang diselenggara