Pernahkah anda membeli sebuah telefon? Apakah ciri-ciri sebuah telefon yang anda cari dan idamkan? Jenamanya, siri keluarannya, harganya, spesifikasi dan warnanya?
Pernahkah anda cuba memesan air minuman di restoran? Apakah kriteria air minuman yang pernah anda pesan daripada kaunter minuman? Ingat?
Pernahkah anda sertai pertandingan di sekolah? Apakah syarat-syaratnya? Masih ingat lagi? Berapakah syarat yang diperlukan untuk sertai pertandingan itu?
Semua perkara di atas ialah berkaitan syarat demi syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu perkara itu dicapai. Jika anda mencari telefon, anda mencari jenamanya, kemudian melihat siri keluarannya, harganya, spesifikasinya dan warnanya. Bahkan mungkin lebih daripada itu apabila anda membuat keputusan sebelum benar-benar membelinya.
Hal yang sama apabila anda membuat pesanan air minuman di kaunter kafe. Contohnya anda memesan minuman kopi. Apakah kriteria kopi yang anda mahu pesan? Americano? Cappucino? Latte? Sejuk? Panas? Saiz kecil, sederhana atau besar? Pastinya anda sudah berfikir minuman yang ingin dipesan itu sudah ada, barulah anda akan sudi membayar bagi minuman yang telah dipesan tadi. Betul?
Perkara yang sama juga bagi syarat-syarat yang disenaraikan dalam pertandingan. Contohnya, calon peserta ialah warganegara, berumur antara 7 hingga 18 tahun dan ada kategori-kategori tertentu pula jika layak menyertai pertandingan tersebut.
Alice diminta oleh ibunya untuk belikan sebuah kek coklat sempena meraikan hari jadi adiknya. Kek coklat itu perlulah berbentuk bulatan dan harganya tidak kurang daripada RM50. Tuliskan pseudokod & lukiskan carta alir bagi penyelesaian masalah di atas.
Jawapan Pseudokod
Jawapan Carta Alir Kaedah 1
Jawapan Carta Alir Kaedah 2