Struktur kawalan ulangan for merujuk kepada suatu bentuk kawalan yang akan mengulang suatu tindakan apabila syarat yang diuji memberikan nilai benar (True)
Contoh : Penyataan Masalah 1
Albert ditugaskan untuk membina pseudokod dan melukis carta alir bagi suatu atur cara mudah yang mencetak/ memaparkan perkataan "Merdeka!" sebanyak 7 kali.
Pseudokod A
MULA
PAPAR "Merdeka!"
PAPAR "Merdeka!"
PAPAR "Merdeka!"
PAPAR "Merdeka!"
PAPAR "Merdeka!"
PAPAR "Merdeka!"
PAPAR "Merdeka!"
TAMAT
Pseudokod di atas menunjukkan tindakan mencetak / memaparkan perkataan "Merdeka! sebanyak 7 kali menggunakan struktur kawalan jujukan secara terus.
Tetapi, adakah kaedah ini masih sesuai digunakan untuk memaparkan puluhan atau ratusan output yang sama? Sebab itulah kita menggunakan struktur kawalan for yang membenarkan suatu tindakan itu dilakukan pada bilangan kali ulangan tertentu tanpa kita perlu menaip kod arahan yang sama berulang kali juga. Itu sungguh memenatkan!
Pseudokod B
MULA
SETKAN pembilang = 0
for pembilang < 7
PAPAR "Merdeka!"
KIRA pembilang = pembilang + 1
TAMAT
Pseudokod di atas juga sama iaitu mencetak / memaparkan perkataan "Merdeka!" sebanyak 7 kali. Tetapi menggunakan struktur kawalan ulangan for. Kita boleh bandingkan baris pseudokodnya lebih pendek dan tidak panjang seperti Pseudokod A!
Struktur kawalan pilihan for memberi kelebihan untuk pengaturcara menggunakan pseudokod yang lebih ringkas dan lebih efisien. Terdapat 3 elemen yang perlu ada dalam pseudokod struktur kawalan ulangan for iaitu :
Pembilang
Syarat gelung for
Perubahan nilai pembilang