Hi, selamat datang ke laman Kelas ASK Cikgu Erzal yang masih belum siap di sini.
Kita sudah memasuki FASA 2 : Reka Bentuk Atur Cara. Ini ialah contoh pseudokod, carta alir & kod arahan Python bagi kerja projek. Anda semua boleh meneliti, memahami aliran algoritma dalam pseudokod, carta alir & kod arahan Python yang digunakan. Anda perlu menyediakan nama restoran/kedai, 5 senarai menu & harga serta nama-nama pemboleh ubah yang perlu digunakan dalam kerja projek anda.
Tugas anda terkini ialah menggunakan contoh pseudokod, carta alir & kod arahan Python ini sebagai platform & rujukan asas untuk membina pseudokod, carta alir dan kod arahan bagi kerja projek anda masing-masing. Gunakan testpad/kertas A4 kosong & pensel dahulu sebagai draf cadangan yang akan ditunjukkan kepada cikgu. Anda boleh melakukan ubahsuai & penambahbaikan keupayaan atur cara seperti membina paparan menu lebih kemas, pengiraan diskaun, baucer dan lain-lain yang bersesuaian dengan operasi sebuah restoran/ kedai makanan & minuman.
SILA TUNJUKKAN PSEUDOKOD & CARTA ALIR LENGKAP KERJA PROJEK ANDA KEPADA SAYA SEBELUM 31 OGOS 2020.
(Terkini) Muat turun fail Python (.py) contoh kerja projek. Klik sini
MULA
SETKAN harga nasi lemak = 3.90 (hargaNasiLemak)
SETKAN harga ayam goreng = 4.50 (hargaAyamGoreng)
SETKAN harga teh ais = 2.90 (hargaTehAis)
SETKAN jumlah bil. nasi lemak = 0 (jumBilNasiLemak)
SETKAN jumlah bil. ayam goreng = 0 (jumBilAyamGoreng)
SETKAN jumlah bil. teh ais = 0 (jumBilTehAis)
SETKAN jumlah harga nasi lemak = 0 (jumHargaNasiLemak)
SETKAN jumlah harga ayam goreng = 0 (jumHargaAyamGoreng)
SETKAN jumlah harga teh ais = 0 (jumHargaTehAis)
SETKAN jumlah harga keseluruhan = 0 (jumHargaTotal)
SETKAN tempahan = True
PAPAR "Selamat datang ke McErzal Café"
PAPAR “ NO MENU HARGA”
PAPAR " 1 Nasi Lemak RM”, harga nasi lemak
PAPAR " 2 Ayam Goreng RM", harga ayam goreng
PAPAR " 3 Teh Ais RM", harga teh ais
PAPAR "Tekan 0 untuk jumlah bayaran"
while tempahan == True
MASUKKAN nombor menu
JIKA nombor menu == 1
MASUKKAN bilangan nasi lemak
KIRA jumlah bil. nasi lemak = jumlah bil. nasi lemak + bilangan nasi lemak
KIRA jumlah harga nasi lemak = jumlah bil. nasi lemak X harga nasi lemak
PAPAR jumlah bil. nasi lemak , "Nasi Lemak RM", jumlah harga nasi lemak
ULANG gelung while
JIKA nombor menu == 2
MASUKKAN bilangan ayam goreng
KIRA jumlah bil. ayam goreng = jumlah bil. ayam goreng + bilangan ayam goreng
KIRA jumlah harga ayam goreng = jumlah bil. ayam goreng X harga ayam goreng
PAPAR jumlah bil. ayam goreng , "Ayam Goreng RM", jumlah harga ayam goreng
ULANG gelung while
JIKA nombor menu == 3
MASUKKAN bilangan teh ais
KIRA jumlah bil. teh ais = jumlah bil. teh ais + bilangan teh ais
KIRA jumlah harga teh ais = jumlah bil. teh ais X harga teh ais
PAPAR jumlah bil. teh ais , "Teh Ais RM", jumlah harga nasi lemak
ULANG gelung while
JIKA nombor menu == 0
SETKAN tempahan = False
JIKA TIDAK
PAPAR "Masukkan nombor menu anda dengan betul"
ULANG gelung while
TAMAT JIKA
PAPAR "Jumlah bayaran ialah :"
PAPAR jumlah bil. nasi lemak , "Nasi Lemak RM", jumlah harga nasi lemak
PAPAR jumlah bil. ayam goreng, "Ayam Goreng RM", jumlah harga ayam goreng
PAPAR jumlah bil. teh ais, "Teh Ais RM", jumlah harga teh ais
KIRA jumlah harga keseluruhan = jumlah harga nasi lemak + jumlah harga ayam goreng + jumlah harga teh ais
PAPAR "JUMLAH BAYARAN : RM", jumlah harga keseluruhan
TAMAT
# Harga setiap menu diisytiharkan / disetkan
hargaNasiLemak = 3.90
hargaAyamGoreng = 4.50
hargaTehAis = 2.90
# Jumlah bilangan setiap menu disetkan
jumBilNasiLemak = 0
jumBilAyamGoreng = 0
jumBilTehAis = 0
# Jumlah harga setiap menu dan jumlah keseluruhan disetkan
jumHargaNasiLemak = 0
jumHargaAyamGoreng = 0
jumHargaTehAis = 0
jumHargaKeseluruhan = 0
# Proses mengambil tempahan disetkan kepada True
tempahan = True
# Atur cara papar nama restoran, menu dan harga kepada pengguna
print(' Selamat datang ke McErzal Café')
print(' NO MENU HARGA')
print(' 1. Nasi Lemak RM',hargaNasiLemak)
print(' 2. Ayam Goreng RM',hargaAyamGoreng)
print(' 3. Teh Ais RM',hargaTehAis)
print(' Tekan 0 untuk jumlah bayaran')
# Atur cara sedia mengambil tempahan
while tempahan:
# Atur cara meminta pengguna masukkan nombor menu
noMenu = int(input('\nPilih no. menu anda:'))
# Jika nombor menu 1
if noMenu == 1:
bilNasiLemak = int(input('Bilangan nasi lemak :'))
jumBilNasiLemak = jumBilNasiLemak + bilNasiLemak
jumHargaNasiLemak = jumBilNasiLemak*hargaNasiLemak
print(" ",jumBilNasiLemak,'Nasi Lemak RM',round(jumHargaNasiLemak,2))
continue
# Jika nombor menu 2
elif noMenu == 2:
bilAyamGoreng = int(input('Bilangan ayam goreng :'))
jumBilAyamGoreng = jumBilAyamGoreng + bilAyamGoreng
jumHargaAyamGoreng = jumBilAyamGoreng*hargaAyamGoreng
print(" ",jumBilAyamGoreng,'Ayam Goreng RM',round(jumHargaAyamGoreng,2))
continue
# Jika nombor menu 3
elif noMenu == 3:
bilTehAis = int(input('Bilangan teh ais :'))
jumBilTehAis = jumBilTehAis + bilTehAis
jumHargaTehAis = jumBilTehAis*hargaTehAis
print(" ",jumBilTehAis,'Teh Ais RM',round(jumHargaTehAis,2))
continue
# Jika pengguna tekan nombor 0
elif noMenu == 0:
tempahan = False
# Jika pengguna masukkan selain nombor 0,1,2 atau 3
else:
print('Sila masukkan no menu dengan betul')
continue
# Paparkan jumlah bilangan menu ditempah, nama menu dan jumlah harga setiap menu
print('\nJumlah bayaran ialah :')
print(jumBilNasiLemak,'Nasi Lemak RM',round(jumHargaNasiLemak,2))
print(jumBilAyamGoreng,'Ayam Goreng RM',round(jumHargaAyamGoreng,2))
print(jumBilTehAis,'Teh Ais RM',round(jumHargaTehAis,2))
# Mengira jumlah bayaran keseluruhan bagi menu-menu yang ditempah
jumHargaKeseluruhan = round(jumHargaNasiLemak+jumHargaAyamGoreng+jumHargaTehAis,2)
# Paparkan jumlah bayaran keseluruhan
print('JUMLAH BAYARAN:RM',round(jumHargaKeseluruhan,2))