Dalam Asas Sains Komputer, anda akan mempelajari 4 bidang/tajuk utama iaitu :
Konsep Asas Pemikiran Komputasional
Perwakilan Data
Algoritma
Kod Arahan
+ Kerja Projek
Kerja projek ini ialah salah satu kaedah pentaksiran bilik darjah (PBD) yang perlu dijalani oleh pelajar yang mengikuti subjek ASK pada tahun akhir Tingkatan 3. Kerja projek ini diberikan wajaran 30% daripada markah peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan wajib dilaksanakan oleh pelajar ASK. Dalam kerja projek ini, pelajar akan menggunakan keseluruhan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dari 4 bidang pembelajaran utama untuk menyempurnakan tugasan yang diberi.