PENGAJIAN VETERINAR DI MALAYSIA
Perubatan veterinar ialah cabang sains yang membincangkan pencegahan, diagnosis dan perawatan penyakit, gangguan dan kecederaan pada haiwan. Ruang lingkup perubatan veterinar amat luas, meliputi semua spesies haiwan, kedua-dua bela jinak dan liar, dengan pelbagai keadaan yang boleh menjejaskan spesies berlainan.
Doktor veterinar atau dikenali juga sebagai doktor haiwan ini tidak tertakluk bekerja di klinik atau hospital haiwan sahaja, bahkan juga membuat khidmat pengimejan dan diagnosis makmal, endoskopi, sonografi, pembedahan jantung dan rawatan kanser berdasarkan kepada kes yang dikendalikan tidak kiralah membabitkan haiwan kesayangan, haiwan besar, avian, eksotik dan hidupan liar.
UPM mendapat pengiktrifan Majlis Veterinar Malaysia dan menggunakan penanda aras berdasarkan keperluan badan akreditasi antarabangsa, Australasian Veterinary Boards Council (AVBC) dan World Organisation for Animal Health (OIE).
Terdapat dua (2) buah universiti awam yang menawarkan kursus veterinar iaitu;
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)