PENGAJIAN SAINS PERTANIAN DI MALAYSIA
Sains pertanian adalah bidang biologi multidisiplin yang luas yang merangkumi bahagian-bahagian ilmu yang tepat, semulajadi, ekonomi dan sosial yang digunakan dalam amalan dan pemahaman pertanian. Sains pertanian merupakan satu pengajian sanitifik yang mengandungi Prinsip Amalan Dalam Penanaman, Penternakan, Teknologi dan Pengurusan Ladang. Pelajar juga didedahkan kepada pengetahuan dan kefahaman mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman dan ternakan, serta perladangan sebagai suatu perniagaan. Pelajar didedahkan kepada latar belakang sektor pertanian di Malaysia, pengetahuan dan pemahaman mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi tanaman dan ternakan serta perladangan sebagai suatu perniagaan bagi membolehkan pelajar berdikari dan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Teknologi dalam pertanian diberi penekanan bagi membolehkan pelajar memperoleh maklumat tentang kemajuan sektor pertanian mengikut arus perkembangan semasa.
sumber:
https://terokaipendidikan.wordpress.com/2012/05/01/apa-itu-sains-pertanian/
Universiti awam yang menawarkan kursus Sains Pertanian di Malaysia iaitu:
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Menawarkan tujuh (7) kursus, tiga bersama-sama temu duga dan empat kursus tidak bertemu duga iaitu;
Bacelor Pertanian Sains Ternakan dengan kepujian
Bacelor Perniagaantani dengan kepujian
Bacelor Sains Hortikultur dengan kepujian
Bacelor Sains Akuakultur dengan kepujian
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
*Menawarkan kursus tanpa temu duga
Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian (Pengeluaran Tanaman),
Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian (Hortikultur dan Landskap) dan Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian (Pengeluaran Ternakan)