PENGAJIAN SENI KREATIF DI MALAYSIA
Bidang seni kreatif adalah disiplin yang luas yang meliputi beberapa kepakaran, termasuk penulisan (novel, cerpen, puisi, drama, esei); seni persembahan (muzik, tarian, teater tradisional, teater moden, komedi, puisi); seni tampak/ visual (lukisan, arca, ilustrasi, kaligrafi/khat, fotografi, kartun, ukiran, instalasi); reka bentuk (percetakan, pakaian, hiasan dalaman, produk perindustrian); perfileman (filem/ video, termasuk dokumentari dan animasi); kraftangan, persilatan dan sebagainya.
Kursus ini telah direka khusus untuk pelajar muda yang mempunyai minat dalam bidang seni, reka bentuk dan media yang ingin mengembangkan bakat artistik mereka.
Terdapat lapan (8) buah universiti awam yang menawarkan kursus Seni Kreatif.Senarai UA adalah seperti berikut;
Universiti Malaya (UM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
*menawarkan tujuh (7) sarjana muda seni kreatif tanpa temu duga
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
*menawarkan tiga (3) sarjana mjda seni kreatif tanpa temu duga
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
*menawarkan tujuh (7) sarjana muda teknologi kreatif dan empat (4) pengajian warisan tanpa temu duga