PENGAJIAN SAINS SUKAN DI MALAYSIA
Sains Sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, rehabilitasi, anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi sukan, dan psikologi dalam sains sukan. Ia juga merupakan satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya peningkatan prestasi dalam sukan. Selain itu, sains sukan membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan aktiviti sukan.
Terdapat empat (4) buah universiti awam yang menawarkan kursus sarjana muda Sains Sukan di Malaysia iaitu:
Universiti Malaya (UM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti malaysia Sabah (UMS)