Assalamualaikum wbh
Salam sejahtera
Bertemu kita di laman IV2U.
IV2U merupakan singkatan bagi Interview to University. Laman ini dibangunkan bagi membantu pengguna khususnya pelajar prauniversiti (matrikulasi, asasi, STPM, STAM) dan diploma mengenal pasti kursus bertemu duga yang ditawarkan oleh universiti awam di Malaysia bagi pengajian ijazah sarjana muda mengikut bidang. Melalui platform ini pengguna dapat mengetahui secara ringkas pengenalan kursus, universiti yang menawarkan kursus serta syarat khas kemasukan ke universiti berkenaan melalui satu platform iaitu IV2U.
`Kembaralah kijang emasku ke belantara ilmu’
Selamat meneroka.
Semoga bermanfaat.