PENGAJIAN SAINS AKTUARI DI MALAYSIA
Sains aktuari ialah bidang yang menggunakan kaedah matematik dan statistik untuk menilai risiko dalam insurans, kewangan, dan industri serta profesion lain. Seorang aktuari perlu mempunyai pemahaman yang mendalam tentang matematik, statistik dan pengurusan perniagaan. Mereka merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubung kait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.
Terdapat Sembilan (9) buah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia yang menawarkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari. Empat (4) daripadanya merupakan universiti awam manakala lima (5) buah lagi merupakan isntitusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Universiti awam yang menawarkan kursus sains aktuari seperti berikut;
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
*menawarkan Sarjana Muda Sains Aktuari tanpa temu duga (Aliran Sains sahaja)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
*menawarkan Sarjana Muda Sains dengan kepujian (Sains Aktuari & Pengurusan Risiko) tanpa temu duga
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
*menawarkan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Aktuari tanpa temu duga
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan kursus tersebut seperti berikut;
Herriot-Watt University
Sunway University
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
HELP University
INTI International University and Colleges