PENGAJIAN FARMASI DI MALAYSIA
Farmasi adalah bidang multidisiplin yang menyatukan pengetahuan sains perubatan dan kesihatan, kimia ubat-ubatan, perumusan ubat-ubatan, dan pencegahan dan pengurusan penyakit dalam penjagaan pesakit.
Universiti yang mendapat Pengiktirafan Provisonal oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dibenarkan memulakan program ijazah farmasi dan membuat pengambilan pelajar ke program ijazah farmasi.
Walau bagaimanapun pemantauan ke atas program di institusi berkenaan akan tetap dilakukan oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) setiap tahun sehinggalah pelajar bergraduasi dan menjalani latihan provisional bagi menentukan samada institusi terbabit layak diberikan Pengiktirafan Provisional/ Penuh oleh LFM atau sebaliknya.
Sekiranya telah mendapat status pengiktirafan Provisional/ Penuh oleh LFM, graduan sarjana muda farmasi institusi berkenaan layak diberikan pendaftaran Provisional /Penuh mengikut peruntukan seksyen 6, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951.
Terdapat 21 buah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) untuk Pengajian Pergigian. Enam (6) daripadanya merupakan universiti awam yang menawarkan kursus bersama-sama temu duga kepada para pelajar lepasan matrikulasi/ asasi sains manakala 15 buah merupakan isntitusi pengajian tinggi swasta IPTS).
Universiti Awam
Universiti Malaya (UM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
International Islamic University (IIUM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
*menawarkan Sarjana Muda Farmasi dengan kepujian tanpa temu duga
Institusi Pengajian Tinggi Swasta
UCSI University
International Medical University (IMU)
AIMST University
University Nottingham Malaysia Campus (UNMC)
Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
Asia Metropolitan University (AMU)
Management & Science University (MSU)
SEGI University College
Monash University Malaysia Campus
MAHSA University
Taylor’s University
Lincoln University College
Universiti Kuala Lumpur - Royal College of Medicine Perak (UniKL-RCMP)
KPJ Healthcare University College
Quest International University Perak
Sumber: Laman Portal Rasmi Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia