PENGAJIAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
Universiti yang mendapat Pengiktirafan Provisonal oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dibenarkan memulakan program ijazah undang-undang dan membuat pengambilan pelajar ke program tersebut. Kursus yang ditawarkan juga perlu menerima pengiktirafan daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LKPU) (Malaysian Bar Council) bagi melayakkan graduan yang dilahirkan menjadi peguam yang bertauliah.
Terdapat tujuh (7) universiti awam yang menawarkan kursus undang-undang. Universiti awam yang menawarkan kursus undang-undang berdasarkan penarafan kedudukan semasa dunia (QS World University Ranking 2021) adalah seperti berikut;
Universiti Malaya (UM)
*menawarkan Sarjana Muda Undang-undang dengan temu duga dan Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang tanpa temu duga (pelajar Asasi Pengajian Islam UM sahaja)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
*menawarkan Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan dengan temu duga manakala Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian tanpa temu duga
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
*menawarkan Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian tanpa temu duga
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
*menawarkan Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah tanpa temu duga
Tiga (3) institusi pengajian tinggi swasta yang turut berada dalam ranking QSWUR ialah;
Taylors University (belum mendapat pengiktirafan penuh LKPU sehingga 2023)
Brickfields Asia College
Advance Tertiary College