PENGAJIAN TERAPI/ PEMULIHAN CARAKERJA DI MALAYSIA
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja merupakan salah satu rawatan pemulihan untuk membantu pesakit mencapai, mengekalkan dan meningkatkan tahap kefungsian dan keberdikarian yang optima dalam kehidupan harian, pekerjaan, bermain atau rekreasi melalui aspek fizikal, mental, sosial dan kerohanian. Pemulihan menggunakan strategi-strategi promotif, preventif, dan rehabilitatif.
Terdapat lima (5) buah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia yang menawarkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Terapi/ Pemulihan Carakerja di Malaysia. Dua (2) daripadanya merupakan universiti awam manakala tiga (3) buah lagi merupakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Universiti awam seperti berikut;
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
*menawarkan sarjana muda pemulihan carakerja (kepujian) tanpa temu duga
Institusi Pengajian Tinggi Swasta seperti berikut;
Asia Metropolitan University
University Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Perdana University