PENGAJIAN SAINS PERTUTURAN DI MALAYSIA
Bidang Sains Pertuturan atau Patologi Pertuturan-Bahasa merupakan gabungan bidang sains, perubatan, seni dan pendidikan (Realisation Outreach). Sains pertuturan ialah bidang kajian sains komunikasi manusia dan kecelaruan yang meliputi aspek komunikasi normal dan tidak normal (bahasa, suara, pertuturan dan kelancaran) dan penelanan. Ia memberi penekanan kepada penilaian, intervensi dan pengurusan individu yang tidak dapat berkomunikasi dengan efektif atau mempunyai masalah penelanan. Patologis pertuturan-bahasa (SLP) yang juga dikenali sebagai terapis pertuturan-bahasa (SLT) ialah profesional penjagaan kesihatan yang menyediakan khidmat pencegahan, saringan, konsultasi, penilaian dan diagnosis, intervensi, pengurusan dan rawatan lanjut pada pesakit kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai kecelaruan komunikasi dan masalah penelanan.
Terdapat tiga (3) buah universiti awam yang menawarkan kursus Sarjana Muda Sains Pertuturan di Malaysia iaitu:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Sumber: https://www2.mqa.gov.my/qad/v2/garispanduan/2019/July/PS%20Medical%20BM.pdf