PENGAJIAN SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN DI MALAYSIA
Menurut Institut Teknologi Makanan Amerika Syarikat, Sains Makanan merupakan suatu disiplin ilmu yang menggabungkan kombinasi ilmu biologi, fizik dan kejuruteraan untuk mengkaji sifat semulajadi makanan, faktor-faktor yang memungkinkan kerosakannya dan prinsip-prinsip asas pemprosesan makanan. Selain itu, sains makanan juga adalah suatu bidang kajian saintifik terhadap bahan asas makanan dan perlakuannya semasa diformulasi, diproses, dibungkus, disimpan dan dinilai oleh manusia sebagai pengguna sebelum dimakan manakala Sains Pemakanan adalah salah satu bidang kajian lanjutan sains makanan yang lebih menjurus kepada keperluan dan tindak balas selepas makanan diambil untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Secara ringkasnya, sains makanan memberi tumpuan kepada pengeluaran, pemprosesan, pengawetan, pemasaran dan kualiti makanan. Pemakanan pula memfokus kepada pengambilan makanan dan penggunaan nutrien. Sains pemakanan (Nutrition) merupakan sebuah bidang sains yang mengkaji tindak balas kimia sama ada metabolik atau fisiologi badan pada permakanan. Sains pemakanan selalunya berfokus kepada fungsi sesuatu khasiat atau zat makanan terhadap kesihatan manusia.
Terdapat enam (6) buah universiti awam yang menawarkan kursus Sarjana Muda Sains Pemakanan di Malaysia iaitu:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
*menawarkan Sarjana Muda Pemakanan tanpa temu duga
Universiti Putra Malaysia (UPM)
*menawarkan Sarjana Muda Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti tanpa temu duga
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
*menawarkan Sarjana Muda Sains Pemakanan tanpa temu duga
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
*menawarkan Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan) dan Sarjana Muda Sains Makanan (Sains Makanan dan Pemakanan) tanpa temu duga
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
*menawarkan Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) dan Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan). Kedua-dua kursus ditawarkan tanpa temu duga.