PENGAJIAN PENGIMEJAN PERUBATAN/ PENGIMEJAN DIAGNOSTIK/ SINARAN PERUBATAN DI MALAYSIA
Pengimejan berkaitan dengan kaedah untuk memeriksa dan mengenalpasti struktur dan fungsi organ dalam tubuh manusia melalui penghasilan imej. Pengimejan perubatan ialah sains pengimejan organ atau bahagian dalaman tubuh manusia dengan penggunaan radiasi mengion atau bukan mengion seperti sinar-x, sinar gamma, gelombang bunyi berfrekuensi tinggi dan medan magnetik bagi tujuan diagnostik dan terapeutik. Ia termasuk teknik, prosedur dan proses bagi mengesan, memeriksa dan diagnosis penyakit untuk tujuan klinikal. Pengimejan perubatan juga dikenali sebagai pengimejan diagnostik dan radiografi.
Terdapat empat (4) buah universiti awam yang menawarkan kursus berkaitan pengimejan perubatan/peingimejan diagnostic/ sinaran perubatan di Malaysia iaitu:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
*menawarkan ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian) tanpa temu duga
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
*menawarkan ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian) tanpa temu duga
Sumber: https://www2.mqa.gov.my/qad/v2/garispanduan/2019/July/PS%20Medical%20BM.pdf