PENGAJIAN OPTOMETRI DI MALAYSIA
Optometri adalah satu bidang yang melibatkan pemeriksaan dan pengurusan masalah penglihatan dan penyakit mata untuk memulihkan fungsi visual dan mengekalkan kesihatan mata.
Terdapat enam (6) buah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia yang diiktiraf oleh badan profesional di Malaysia untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda Optometri. Tiga (3) daripadanya merupakan universiti awam yang mana dua daripadanya menawarkan kursus bersama-sama temu duga kepada para pelajar lepasan matrikulasi/ asasi sains manakala tiga (3) buah merupakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Universiti awam seperti berikut;
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
*menawarkan Sarjana Muda Optometri (Kepujian) tanpa temu duga
Institusi Pengajian Tinggi Swasta seperti berikut;
SEGI University, Kota Damansara
Management & Science University (MSU)
Kolej Universiti Antarabangsa Twintech
Sumber:
https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/14