PENGAJIAN FISIOTERAPI DI MALAYSIA
Fisioterapi adalah profesion penjagaan kesihatan yang membantu individu memerlukan dalam memulih, mengekal serta memaksimumkan kekuatan, fungsi, pergerakan, dan kesejahteraan pesakit secara keseluruhan. Ia berfokuskan klien dan berasaskan sains yang menekankan penggunaan pendekatan fizikal dalam membantu, mengekalkan, memulihkan fizikal, fisiologikal dan kesejahteraan sosial individu merangkumi perbezaan dalam status kesihatan.
Terdapat Sembilan (9) buah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia yang menawarkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi. Tiga (3) daripadanya merupakan universiti awam manakala enam (6) buah lagi merupakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Universiti awam seperti berikut;
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
*menawarkan Sarjana Muda fisioterapi (Kepujian) tanpa temu duga
Institusi Pengajian Tinggi Swasta seperti berikut;
INTI International University
Asia Metropolitan University
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
MAHSA University
KPJ Healthcare University College
Lincoln University College
Sumber: https://www2.mqa.gov.my/qad/v2/garispanduan/2019/July/PS%20Medical%20BM.pdf