PENGAJIAN DIETETIK DI MALAYSIA
Dietetik adalah dari perkataan DIET itu sendiri yang menunjukkan fungsinya yang berasaskan sains fizikal, biologikal dan sains kelakuan dengan berfokuskan pada makanan, pemakanan, terapi pemakanan perubatan, pengurusan makanan dan pemakanan komuniti. Dietetik memberi penekanan kepada menyediakan perkhidmatan penjagaan pesakit di hospital atau fasiliti perubatan lain. Kerjaya seorang ahli dietetik meliputi pengurusan servis makanan; menilai keperluan pemakanan pesakit; mempreskripsi terapi pemakanan perubatan; menyediakan perundingan diet untuk rawatan penyakit akut dan kronik; menjalankan penyelidikan dalam pemakanan, dietetik dan servis makanan; merangka dasar, protokol, panduan praktik klinikal, panduan terapi pemakanan perubatan; menyumbang kepakaran dalam mempromosikan kesejahteraan melalui program makan secara sihat serta program lain bagi menyokong keperluan jagaan kesihatan masyarakat.
Terdapat enam (6) buah Universiti Awam yang menawarkan bidang Dietetik seperti berikut:-
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
*tiada temu duga
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
*tiada temu duga