PENGAJIAN BIOPERUBATAN DI MALAYSIA
Bioperubatan adalah pengajian multidisiplin yang melibatkan pemahaman asas-asas biologi manusia dan sains perubatan termasuk saling hubungan pengetahuan struktur dan fungsi tubuh badan manusia, biokimia-genetik, farmakologi serta patofisiologi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit untuk kesihatan. Program ini meliputi semua aspek diagnosis makmal, pencegahan penyakit dan penyelidikan dalam bidang sains bioperubatan termasuk patologi, imunologi, hematologi, sains transfusi, biokimia manusia, biokimia klinikal, mikrobiologi perubatan, parasitologi, farmakologi, fisiologi, anatomi dan genetik.Bioperubatan bukan bidang professional yang bernaung di bawah mana-mana Majlis Professional namun amalan untuk berkhidmat adalah termaktub di bawah Akta Kesihatan Bersekutu (Akta 774).
Terdapat enam (6) buah universiti awam yang menawarkan kursus sarjana muda bioperubatan di Malaysia iaitu:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
*kursus ditawarkan di UKM dan UIAM bersama-sama temu duga
Universiti Malaya (UM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)